Thursday, December 29, 2011

oh hati.

hati,

tetap lah engkau di sini,
jangan pernah engkau berpaling kebelakang kerana sesungguhnya apa yang aku tinggalkan hanya untuk membersihkan mu.
supaya boleh ku isi sepenuhnya hanya dengan cinta dari sang Ilahi.

hati,
tidak ada apa yang perlu kau cemburu,
tidak ada apa yang perlu kau risau,
dan tidak ada apa yang perlu kau sangsi.
kerana sesungguhnya Allah melihat jihad-jihad mu itu.

hati,
bila kau meletakkan segala kepercayaanmu kepada Allah,
pasti kau tidak akan kecewa dengan setiap apa yang berlaku ke atasmu.
bila kau sandarkan sepenuh cintamu kepada Allah,
pasti Dia akan membalas cintamu dengan seluas-luas kasih sayangNya.
dan bila kau menyerahkan segala ketentuan mu kepada Allah,
pasti kau akan sentiasa redha dengan qada' dan qadarmu.

sabar lah duhai hati,
ini hanya dunia,
dan dunia ini hanyalah secebis dari kehidupan mu.
berkorbanlah sedikit demi jannah firdaus itu.

aku yakin kau kuat,
kerana kau,adalah aku,
dan kita mahu sama-sama ke syurga.

Wednesday, December 28, 2011

ini cerita kita

bismillah.

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
tiga minggu yang sarat dengan pengalaman.
"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan."
Allah sangatttt baik.
kalaulah Allah tarik satu nikmat yang kita ada hari ni untuk setiap dosa yang kita lakukan,sama ada sedar atau tidak, entah apa yang tinggal kat diri kita ni.

aku mahu kongsikan satu pengisian yang terkesan di hati semasa aku ke newcastle tempoh hari.
simple yet meaningful.

jika ditanya manusia dijadikan daripada apa,dengan mudah kita menjawab,tanah.
sebab Allah juga nyatakan begitu dalam Al-Quran.
"....Kami telah menciptakan kamu dari tanah.." (22:5)
kemudian,Allah tiupkan pula roh kedalam rahim si ibu,dan jadilah janin yang mula bergerak-gerak,dan kemudian lahir sebagai bayi.
itulah manusia.

manusia perlukan makanan untuk terus hidup dan jika diperhatikan,semua makanan yang kita makan,berasal dari tanah.nasi,ikan,sayur,buah-buahan,etc.
kenapa?

sesuai lah dengan manusia yang juga dijadikan dari tanah.
saling lengkap-melengkapi.

lihat pula roh kita.
asalnya dari Allah,dan logiknya,juga perlukan makanan.
makanan yang bagaimana?mudah.sama juga seperti jasad.
jika jasad yang berasal dari tanah perlukan makanan dari tanah,roh yang datangnya dari Allah juga perlukan makanan dari Allah.
itulah sebabnya Allah wajibkan manusia menyembahNya.
bukan setakat solat,puasa,zakat.itu wajib.
kita perlu lebih dari itu.
baca Al-Quran,qiam,solat sunat,sedekah,etc.
teringat kata-kata emak dulu.
"kalau buat benda yang wajib je,takde langsung yang sunat,macam makan nasi je,takde lauk".
now,it makes sense.

cuba bayangkan manusia yang mengabaikan rohnya.
hingga hatinya mati,tidak berperasaan.
heartless.
i would say,he is useless.
kenapa?
sebab yang tinggal hanya jasad.hanya tanah.boleh jadi hanya lebihan kepada dunia.
tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang lain.

sebab itu,kesempurnaan manusia,tidaklah terletak kepada rupa parasnya atau apa yang dimilikinya.
tetapi,amat bergantung kepada apa yang ada dalam hatinya.
"cuba lihat artis yang rupanya sangattt cantik,berkahwin dengan orang yang sangattt handsome.kita kata,sempurna.sesuai.padan.dan tak lama kemudian,bercerai juga,"kata seorang kakak kepada ku.
betul.jika paras rupa yang menjadi ukuran sempurna,memang tak akan kemana.kerana itu hanyalah jasad yang kosong.

apa khabar kita hari ini?
apa khabar roh kita hari ni?
kita dah makan?
roh kita bagaimana?

Sunday, December 11, 2011

berjaya yang bagaimana?

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.

term musim luruh 2011 baru melabuhkan tirainya.cuti bermula.
namun,bukan bermakna buku boleh dibiarkan berhabuk,malah assignment berderet menunggu untuk disiapkan.physically and mentally exhausted.
demi segulung sijil dan demi tujuan hidup itu,aku gagahkan juga.

kadang-kadang,bila diri terlalu sibuk,aku jadi lupa apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup.
apa yang aku kejarkan.
apa yang aku sibukkan.
apa yang memenuhkan fikiran ku saban hari.
ya.Allah suruh belajar.tapi untuk apa?
sekadar mempunyai degree,dan master dan phD dan?

dan itulah ukuran kejayaan masyarakat kita.
apabila kita mengukur kejayaan seseorang menggunakan neraca dunia.
punya pelajaran yang tinggi,kereta besar,rumah besar,pangkat yang tinggi.

tapi,adakah kita pasti 1st class didunia ini mampu menjamin 1st class akhirat?
mampukah kita berhadapan dengan Allah sewaktu dihisab nanti dengan hanya berbekalkan sehelai kertas yang hanya diiktiraf manusia lain?
aku tau aku tak mampu.

sebab itu,bila menjejakkan kaki di bumi asing ini,aku lebih banyak berfikir.
apa lagi yang aku mampu lakukan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.
yang mampu memberatkan al mizan dan menjadikan aku sebagai ahli jannah,yang sepatutnya menjadi idaman semua manusia.
bukan syurga dunia khayalan semata.

semoga dimana sahaja kaki ini melangkah dan setiap usaha yang aku lakukan,mampu untuk menjadikan aku seorang yang cemerlang,di mata Allah.
macam mana?
buka Alquran dan bertadabur lah. :)



Sunday, December 4, 2011

kita hanya berusaha :)


bismillah.

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.

satu persatu nama-nama Allah berlegar di kepala,mengingatkan aku betapa Allah itu penuh dengan sifat-sifat yang menyempurnakan.
maha Pengasih,maha Penyayang, maha Kuasa, maha Suci and the list goes on.

minggu ni,Allah kurnikan kami kekuatan untuk organise satu program, "Bainal Ams Wal Yaum" (antara semalam dan hari ini).
nama program ini diadaptasi dari salah satu risalah yang ditulis oleh Imam Hasan Al-Banna.
niat kami hanya satu,mendekatkan semua orang yang kami boleh capai kepada Allah dengan menelusuri sejarah ketamadunan Islam pada satu tika dulu.
bagaimana Islam yang pada mulanya dipulau,diejek,dihina menjadi world order pada zaman Abbassiyah dan jatuh sehingga kita kehilangan khalifah,ditindas tanpa pembelaan.
dan kuasa dunia bertukar tangan kepada kuasa barat.

jika melihat semangat Rasullullah dan para sahabat memperjuangkan Islam pada satu tika dulu,hati ini mampu menangis.
mereka amat bersungguh-sungguh,berani dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah,no matter what.
kagum,sebak dan rindu pada utusan Allah itu.

dan hari ini,kami cuba untuk menyambung rantaian Islam itu.
cuba sampaikan apa yang kami tahu.
cuba menjadikan orang lain bukan sekadar tahu tapi faham tentang tujuan hidup manusia.
bukan lah sekadar belajar,bekerja,berkahwin,mempunyai anak,rumah kereta yang besar,dan kemudian mati.
kita bukan robot.
berhenti sejenak,dan fikir.
mesti ada sesuatu yang Allah mahu kita buat di dunia,untuk hidup yang kekal selamanya di akhirat.

namun,bukan senang untuk mengajak manusia untuk mendengar,untuk memahami dan berfikir.
kadang-kadang,sampai rasa sangat sedih sebab tiada siapa pun mahu mendengar.
tapi,apabila mengenangkan Rasulullah dulu, baginda diejek,dipulau,dibaling batu dan banyak lagi yang baginda lalui,namun tetap tegar menyebarkan Islam.
ayat Allah dalam Al-Quran;

"Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi kitab dan kepada orang-orang buta huruf,"sudahkah kamu masuk Islam?" Jika mereka masuk Islam, bererti mereka telah mendapat petunjuk,tetapi jika mereka berpaling,maka kewajipanmu hanyalah menyampaikan. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya". (Al-Imran: 20)

jadi,tiada alasan untuk berputus asa atau berhenti mengingatkan manusia tentang risalah Rasulullah dulu.
juga tiada sebab untuk bersedih kerana Allah tidak mengganjari manusia dengan hasil tetapi dengan usaha.

moga Allah tsabatkan kita dijalan ini dan mempermudahkan urusan kita dunia dan akhirat.
amin2,iAllah.

Tuesday, November 29, 2011

keep on walking.

bismillah.

astaghfirullah.astaghfirullah.astaghfirullah.

semoga Allah ampunkan dosa-dosaku,jika terkadang aku tidak yakin akan ketentuanNya.
hidup yang dipenuhi dengan assignments,lectures dan seminar kadang-kadang buat aku terlupa mengapa aku di sini.untuk apa?untuk siapa?
hidup dalam dunia yang semuanya mengejar keduniaan semata.
hidup yang kalau dikejar memang tak kan pernah ada penghujungnya.
hidup yang kita sendiri tak tahu apa destinasi terakhirnya.

teringat satu ayat Allah yang baru aku baca pagi tadi.
''Oyou who have believed, persevere and endure and remain stationed and fear Allah that you may be successful.'' (3:200)
He knows best.put your trust in Allah.

semoga hati ini tetap teguh berdiri dan mampu terus melangkah dengan niat yang satu.

-menjadikan syurga itu satu obsesi-

Saturday, November 26, 2011

of a new chapter

bismillah.

1 Muharam 1433 dan Allah masih beri lagi kudrat dan peluang untuk hidup.buku lama ditutup dan diangkat kelangit, dan buku baru dibuka.moga tahun lepas memberi 1001 pengajaran dan tahun ini,moga diri mampu menjadi lebih baik jasadnya,lebih kuat imannya,lebih cantik akhlaknya dan lebih cemerlang hidupnya.amin.amin.amin.

bila berbicara tentang hijrah,kita selalu mengaitkannya dengan hijrah Rasulullah dengan para sahabat ke Madinah.tapi bagaimana pula kita mengambil pengajaran dari kisah baginda?

memang.hijrah itu amat memerlukan kekuatan.jika dulu para sahabat sanggup keluar dari kota Mekah meninggalkan rumah,haiwan ternakan,dan harta lain,menuju ke Madinah sehelai sepinggang.hanya berbekalkan iman dan tsiqah mereka terhadap Rasulullah,mengharapkan keredhaan Allah.total submission.jadi,bagaimana pula dengan kita?bilakah fasa hijrah itu akan hadir dalam diri kita?

hijrah hari ini adalah hijrah yang lebih besar maknanya.meninggalkan perkara-perkara yang Allah larang,cuba menjadi hamba Allah yang lebih baik,dan memperbaiki akhlak sehingga kita mampu mengaku yang kita adalah duta Islam.lebih mudah mengungkap kata-kata dari melaksanakannya.tapi sampai bila kita harus berada di takuk lama?stagnant.tanpa usaha untuk menjadi seorang yang lebih baik,dengan ruh yang 'baru'.

dan semoga,tahun ini kita mampu menjadi hamba Allah yang lebih soleh dan solehah.menjadi seorang yang baru,semangat yang baru,cita-cita baru,azam baru disertai dengan niat yang baru.bukan mudah,tapi tak mustahil.

may Allah guides our steps to jannah.

Thursday, August 18, 2011

ramadhan 19

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.

time flies.seasons change.and it's now summer.
alhamdulillah.Allah bagi lagi peluang untuk bernafas di malaysia disamping keluarga tersayang.
musim exam telah lama berlalu.He knows best.one word.alhamdulillah.

it's now ramadhan.hoping that this will be the best ramadhan in my life and may Allah grant me and my family with barakah.amin.amin.amin.

jom kejar lailatulqadr!

Saturday, June 4, 2011

fatamorgana

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.

seringkali dalam hidup,manusia berada di persimpangan.

keliru.

benarlah.dunia dan isinya hanya hiasan.

syurga khayalan.

kadang-kadang, hati sendiri akan membenarkan apa yang sudah nyata salah.

supaya nanti tak rasa bersalah bila melakukan.

rindu pada jahiliyah?

Astaghfirullah.

tapi manusia tetap manusia.

hatinya goyah.

dan butuh kekuatan dari Penciptanya.

Allah...

hati ini yakin,tak siapa yang mengerti selain Engkau yang Maha mengetahui.



ya Allah,moga setiap keputusan itu,ada redhaMu.



Wednesday, May 18, 2011

senyum dalam tangisan

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.
2paper down,5more to go.
dalam hati ada gusar,takut,tak yakin,dan macam-macam lagi perasaan negatif.
dan Allah utuskan seorang kakak,utk terus mengingatkan.

Bismillahirahmanirahim...

Lelah..penat..sedih..suka..duka..

Aku sedih..aku gembira.Semua pernah ku rasa. Kerna aku adalah seorang manusia..Kadang kala rasa itu sering kali menyatu..Dan sering kali langkah terasa amat berat untuk d teruskan..Namun, inilah kehidupan..Yang mana disitulah letaknya nilai seorang insan di mata Tuhan.

Andai diri tidak pernah merasa duka, mana mungkin kita akan memahami erti kata bahagia. Andai diri sering merasa suka, sukar untuk kita fahami kesusahan orang yg berada di sekeliling kita..Namun manusia ini sering lupa..Lupa pada Tuhan yg Esa..Tuhan yang menciptakan, yang menentukan segala yang berlaku dalam hidup kita.Sering kali kita hnya melihat dan memperbesarkan kesusahan diri kita..Sedangakan jika di banding dengan nikmat yang kita miliki..ianya seolah-oleh tidak memberi apa2 makna...

Hasbunallah wa nikmal wakil...Cukuplah Allah penolong bagiku..Sesungguhnya Dilah sebaik-baik penolong...Merasa cukupkah aku pada Allah?Andai Allah sudah cukup bagiku, mengapa sedih itu sering kurasa, mengapa duka sering hinggap di dada?

Astafirullahala'zim..

Seharusnya tidak ada apa-apa lagi yang boleh aku sedihkan..tidak ada apa2 lagi yang perlu aku rasa kekurangan..kerna nikmat untuk berasa dalam islam itu sudah amat besar Ya Allah..Nikmat untuk sujud dihadapanmu tidak dapat dganti dengan sesuatu apa pun..

Astafirullahala'zim..

Merendahlah wahai diri..Bersyukur dengan apa adanya..Kerna dunia ini hnya fatamorgana..Yang tidak mungkin dapat dikejar, kerna ia hnya ilusi mata..Andai dunia yang di kejar..dunia akan pergi meninggalkanmu..andai manusia yg dinanti..dia bisa sahaja dengan mudah melukakan hati..Namun andai Allah yang di cari, insyallah hidup ini akan sentiasa berseri..Segalanya akan kelihatan indah di mata walaupun terlihat sukar oleh mereka..Pandanglah hidup dari kaca mata seorang muslim..Insyallah, tidak ada yang tidak cukup lagi..

Andai Allah tidak cukup bagimu..nescaya dunia dan segala isinya juga tidak akan bisa mencukupkanmu..

Allahua'lam



p/s:terima kasih kak athi :)



Sunday, May 15, 2011

dan esok.

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahukabar.
final exam year 1 summer term 2011.
1st paper.
16th may,9.30am.
financial management.

"O my Lord!expand me my breast;Ease my task for me;And remove the impediment from my speech,so they may understand what I say."

semua ini mudah jika untuk Allah.

Tuesday, April 26, 2011

abah.

bismillah.

copy paste dari fb.

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ? Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga. Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga.. Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

mode: rindu abah.

Monday, April 25, 2011

kita dan mereka

bismillah.

subhanallah.ahamdulillah.allahuakbar.
semoga Allah ganjari keletihan ini dengan sesuatu yang lebih baik di akhirat kelak.
amin.

mahu share satu perkara yang menarik perhatian ku untuk berfikir semasa talk ustaz aziz semasa spring camp minggu lepas.

jika kita lihat diri kita,apa yang menghalang kita dari melakukan maksiat?maksiat in general.contoh,mengumpat,zina/mendekati zina,namakan apa sahaja.

orang Islam (muslim) punya iman untuk mengawal dirinya, sebagai protection kepada maksiat dan perkara-perkara yang buruk.


bagaimana dengan orang bukan Islam?mereka tak punya iman.
simple.mereka punya nilai.values dalam diri mereka sendiri.mereka punya kesedaran sivik,kesedaran untuk berbuat baik,kesedaran untuk menghormati orang lain,etc.
jadi,protection mereka adalah nilai dalam diri sendiri.

adakah kita tak punya nilai?
ada.kita punya nilai.kerana iman membentuk nilai.
dan ini juga bermaksud,orang Islam punya double protection,iman dan nilai sementara orang bukan Islam hanya bergantung semata-mata kepada nilai yang diterapkan dalam diri mereka.

jadi,apa taraf orang Islam yang tetap melakukan maksiat?

tepuk dada,tanya iman.


Thursday, April 14, 2011

siapa yang menjajah hati?

bismillah.
subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.

hari ini,kami ke rumah Ustaz Mazrul dan Kak Affa di Loughborough.selain makan2 yang best kak affah sempat bagi sedikit pengisian buat kami. :)

pengisian dari kak affah;
"hati itu umpama sebuah kerajaan.mempunyai tanah yang subur dan jika dijajah,akan terjajah lah sebuah negara.si baik dan si jahat masing-masing berusaha untuk menjajah tanah ini.dalam satu-satu masa,hanya satu pihak sahaja yang akan menang dan menjadi pemerintah untuk kerajaan ini.
jika si baik menang,si baik lah yang akan jadi ketua,menghalau jauh si jahat jauh dari tanah jajahan mereka.begitu juga sebaliknya jikasi jahat menang.dan,mereka tidak pernah akan boleh sama-sama memerintah negeri ini.
begitu juga dengan hati.jika yang menguasai hati itu adalah akhlak yang baik dan sifat-sifat mahmudah,sifat-sifat yang buruk akan terus disingkirkan dari hati.sifat baik dan jahat tidak akan pernah sama-sama menjajah hati".


jika hati kita bersih,alhamdulillah.
jika hati kita kotor,berdoa lah kepada Allah supaya dibersihkan hati kita.
jika hati kita mati,mohonlah kepada Allah supaya dikurniakan hati yang baru.

Allah...


Monday, April 11, 2011

mereka lebih muslim

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.
it's april!and it's spring!
subhanallah..cantiknya bumi Allah bila Dia menumbuhkan bunga2 untuk manusia terus berfikir.
tulip,daffodil,rose,daisy,lily dan banyak lagi.
subhanallah,tak terkata..

alhamdulillah,Allah beri kesempatan lagi untuk diri ini terus berjalan di muka bumi.
bermusafir dan melihat kebesaranNya.
dan cuti kali ni,kami telah ke france dan swiss.
tak mahu cakap banyak tentang france,saya mahu cerita tentang swiss.


tulip :)

subhanallah! :O

tulip lagi :p

blue sky and notre dame

fav pic.


kami ke basel,switzerland dan hanya sempat untuk stay selama 1hari setengah sebab ada urusan lain dan perlu balik segera ke england.
subhanallah.
masyarakat swiss sangat baik.semoga Allah mengurniakan akhlak yang sama atau lebih baik kepada kita.
jika malaysia dikatakan terkenal dengan budi bahasa dan sopan santun nya,kami berasa tercabar apabila ke basel kerana merasakan budi bahasa mereka jauh lebih tinggi dari masyarakat malaysia.bukan menyanjung tinggi orang barat tapi itulah kenyataan.dari receptionist hostel hingga ke makcik di tourist centre, dari orang yang sempurna hinggalah orang kurang upaya, dari orang yang fasih berbahasa inggeris hinggalah orang yang hanya tahu berbahasa german/french. semunya baik2.semuanya amat suka untuk menolong dan berusaha untuk beri yang terbaik walaupun kami berkomunikasi 'seperti ayam dan itik'.kami munggunakan bahasa inggeris,mereka menggunakan bahasa german.
alhamdulillah,Allah mudahkan juga.

teringat quotation seorang ulama,"aku ke eropah,dan aku dapati tiada orang islam disana tetapi aku temui amat ramai muslim; dan aku ke mesir,aku dapati amat ramai orang islam disana tetapi amat sedikit yang muslim." (tak ingat exact ayat.tetapi lebih kurang begitulah,iAllah).

jadi,apa maksudnya?
kita mengaku islam agama kita tetapi sejauh mana kita mengamalkannya?islam itu adalah cara hidup,jadi dalam setiap perbuatan yang kita lakukan,sepatutnya semunya berpandukan Al-Quran dan sunnah.bukan mengambil hanya sebahagian yang kita suka dan meninggalkan yang lain.tapi realitinya?
orang barat disini lebih mengamalkan apa yang dibawa oleh Rasulullah.menghormati orang tua,menjaga kebersihan,menepati masa,etc.

masyarakat itu terdiri daripada komponen individu maka yang mejadikan masyarakat itu lebih maju adalah individu itu sendiri.
mari kita mula dengan diri kita dan mengamalkan perkara-perkara yang mudah dan simple.
senyum.
hormat orang tua.
jaga kebersihan.
tepati masa.
tidak membazir.
etc.

mudah untuk dilakukan tapi sukar untuk istiqamah.

semoga diri kita yang esok lebih baik dari hari ini.

amin :)



Wednesday, March 30, 2011

kita semua sama :)


bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.
tidak terkira nikmat Allah untuk kita tapi sangat sedikit kita bersyukur.
astaghfirullah.walaupun minggu lepas amat tak bermaya sebab kena chickenpox,Allah masih panjangkan usia dan beri kekuatan untuk terus hidup.alhamdulillah.

kadang-kadang,kita fikir kitalah yang paling susah.
kitalah yang paling banyak masalah.
kitalah yang paling bernasib buruk di dunia.
dengan study yang belum lagi stable,kena lagi chickenpox,demam,selesema,homesick,kena jaga diri sendiri masa sakit.menangis.tak tahan.
tapi kita lupa.
kita tidak sedar bahawa dunia kita terlalu sempit.

melihat ke kiri dan kanan,semua orang ada masalah.
angah dengan family nya.
adik dengan scholarship nya.
mak abah dengan anak-anaknya.
fair.
Allah itu maha adil.
semua orang diberikan ujian,cuma kapasitinya berbeza mengikut kemampuan.
teringat kata-kata kak fita masa usrah.
"semua orang diberikan 9nikmat dan 1ujian.tapi manusia hanya nampak 1ujian yang ada pada dirinya dan cemburu dengan 9nikmat yang ada pada orang lain."
so true.
tapi,lumrah manusia,apabila ujian Allah itu datang,lupalah segala nikmatNya.
dan Allah pujuk manusia, la tahzan,innallaha mangana.. (surah At-Taubah:40)
jangan bersedih.sesungguhnya Allah bersama kita. :)


dan kata Allah lagi di dalam Al-Quran,
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,'Kami telah beriman',dan mereka tidak diuji?" (surah al-ankabut:2)
inilah sebenarnya masa kita menzahirkan keimanan itu kerana iman itu bukan omong kosong tapi ia dizahirkan melalui perbuatan.
Allah berkata lagi di dalam Al-Quran,
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat". (surah Al-Baqarah:45)
disaat inilah seseorang hamba itu lebih dekat dengan Tuhannya.

dan jika hati kita sabar dan ikhlas dengan ujian itu,jadilah ia sebagai kifarah dosa,iAllah.
"Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


ngah,be strong ok?for whatever happens,me love you and may Allah loves you more.


Tuesday, March 22, 2011

tiada lagi alasan.

bismillah.



Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem
yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas
membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak
permintaan mereka.

“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 18-SX, tapi
kami berdua dah pun lebih dari 18 tahun!”

Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak
bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”

“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan
kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa
minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti
kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian.
Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”

“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak
kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video
yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh
pergi menonton filem itu. End of discussion.”

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu
dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang
tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti
bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka
mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang
berkata kepada adiknya,
“Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita
dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan
memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka
muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari
oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka
mengambil satu brownies.

Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap
sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling
berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah
dah lembut hati,” bisik hati mereka.“Itulah sebabnya ayah membuat
brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua
bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3
gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang
paling enak.”

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu
menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana
ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.

“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan
istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai
oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang
rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja
bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi
makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”

“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula
makan?” tanya si abang.

“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu
tak akan boleh perasan pun rasanya.”

“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.

“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.

“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu
ialah…. Tahi anjing!!”

Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam
pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan
penuh rasa menjijikkan.

“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang
sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi
anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.

“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau
dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia
sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh
perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain
menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”

“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”

“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua
pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing
di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak
bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa
kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi
kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita
menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri,
fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah
itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

Allahu 'Alam.

Monday, March 21, 2011

Sunday, March 13, 2011

buat akak di jannatul huda

bismillah.

akak,i may not be the best person to say this but just a reminder for me and for you.

"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.Yang demikianlah itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (At-Taubah:41)

love you fillah akak.

may Allah keeps us strong. :)

Thursday, March 10, 2011

do it anyway :)

Bismillah.


”People are often unreasonable, irrational, and self-centered. Forgive them anyway.


If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives. Be kind anyway.


If you are successful, you will win some unfaithful friends and some genuine enemies. Succeed anyway.


If you are honest and sincere people may deceive you. Be honest and sincere anyway.


What you spend years creating, others could destroy overnight. Create anyway.


If you find serenity and happiness, some may be jealous. Be happy anyway.


The good you do today, will often be forgotten. Do good anyway.


Give the best you have, and it will never be enough. Give your best anyway.


In the final analysis, it is between you and God. It was never between you and them anyway.”

Tuesday, February 22, 2011

what's next?

bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah.
selesai sudah presentation utk business planning project.
next,business law test.
and that is tomorrow.
keep me strong ya Allah.


Sunday, February 20, 2011

no other words.

in the name of Allah the most gracious most merciful.

Allah sometimes gives and sometimes takes. He is sometimes pleased and sometimes displeased with our deeds. Whether a thing is beneficial or harmful to me, I will remain firm in my belief and remain thankful to my Creator.

Thursday, February 17, 2011

He knows best.

in the name of Allah, the most Gracious,most Merciful.

speechless.
i'm forcing myself to put a smile in my face.
yes.Allah knows best.
maybe i should put some more effort next time.
He wants me to be more focus and serious in study.
in fact in everything i do, i should do it seriously.
i thought i am serious enough but i'm not.
i know this is not the end of everything.or even anything.

o Allah,
keep me strong,
please make this easy for me,
and show me your way...
amin.

Tuesday, February 15, 2011

an email to a sister :)

ngah :)
ku baru habis group meeting.
i did get your msg but further reply wont help i think.
u need time to cool down.
ku faham je ape mu rasa because the same thing happens to me almost everyday.
learning is on going process and u cant just get everything in one time.
and,along the way,we'll come across problems and difficulties and those are all precious experiences.
ku selalu fikir,for everything that happens,there must be the time line.
jadi,kalau rasa macam terseksa sket,ku tau,this will come to an end soon.
like walking in a tunnel,you'll see the light at the end of the road as long as you keep walking.
that is life.
setiap masalah mesti ada solution.
and Allah has create problem for us so that,we always get back to Him as we always overjoyed with all the nikmat.
so,get back to Him,ask for strength,guidence,confidence and may He eased our way herein and in the hereafter.
amin :)
hope this help.for me and for u.
sebab,bercakap lagi sng dr nk apply.
me love u.
go angah!

Tuesday, February 8, 2011

lesson learnt.

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.

on the way balik dari uni tadi,ada satu ayat yg berlegar-legar di kepala.
ayat yg lecturer ckp masa seminar financial management td.
dia kata, "in finance, we're always looking ahead."
dlm hati,aku sambung, 'so do in life'.spontan.
aku kembali berfikir.mungkin betul.
dulu,semasa zaman jahiliyah,orang-orang kafir membunuh bayi perempuan, merompak, berzina,minum arak.namakan apa sahaja yang tidak elok,semua mereka lakukan.
tapi,bila cahaya islam dtg,mereka tinggalkan semuanya,dan melaksanakan tanggungjawab syahadah.syahadah itu bukan sekadar mengulanginya acap kali kita solat,tp pembuktian syahadah itu yang lebih penting.
orang-orang ini menjadi logam.logam agama.
sejarahnya,mereka jahil.kemudian,merekalah mujahid.subhanallah.
tanpa menoleh ke belakang,mereka mara menegakkan syahadah.

tapi,seperti kata seorang hamba Allah ni, "sometimes, we should look back to evaluate ourselves and not forgetting others".
betul juga sbb salah satu cara untuk mendidik diri sendiri (tarbiyah zdatiyah) adalah dengan bermuhasabah.
subhanallah.

semoga hari ini lebih baik dr semalam dan esok lebih baik dari hari ini.
permudahkan lah ya Allah.



Friday, February 4, 2011

hati.

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.

dulu,aku pernah berharap agar Allah jadikan hati manusia itu transparent.
dgn alasan,mudah aku tahu isi hatinya.
mudah aku faham kehendaknya.
mudah aku menjaga hatinya.
dan tahu juga apa yg disimpan dalam hatinya.
tapi,aku sendiri tak mahu org lain melihat hati ini.
mungkin hitam.
mungkin busuk.
tapi yg pasti,byk rahsia hati dan itu,antara aku dan Allah.

sesungguhnya hanya Allah yg mengetahui segala isi hati.

tapi,bila Allah datangkan ujian yg kadang-kadang menguji hati, dan melibatkan hati orang lain, mahu saja minta kepada Allah agar dibuka hijab hatinya.
iAllah,ini yang terbaik.



biar segala isi dunia pun membenciku, aku tahu Allah tetap di situ,menabur cinta infiniti.
Allah...






Tuesday, February 1, 2011

kenapa perlu kecewa?

bismillah.

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.

dalam hidup setiap orang,banyak nikmat yg Allah bagi tak kira sama ada kita Islam atau bukan,sama ada kita miskin atau kaya,sama ada kita cantik atau tak,Allah tetap bersifat pemurah.jadi kalau Allah ambil sedikit dari nikmat tu, dan tinggalkan sebahagian yg byk utk kita terus menikmatinya, kenapa perlu kecewa?
kenapa perlu?
padahal,itu mmg milik Allah.
dan mungkin,Allah merindui rintihan hambaNya.
atau mungkin,Allah sudah aturkan rancangan yang lebih baik.
bersyukurlah :)

oh hati,tak perlu kecewa.Allah ada and He knows best. :)

Saturday, January 29, 2011

Thursday, January 27, 2011

banoffee pie :)

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.
lama menyepi.kadang-kadang kerana terlupa,kadang-kadang ada kerja lain yang memerlukan prioriti.

dulu, masa zaman kanak-kanak,selalu terfikir.
kenapa perlu jadi org yg 'baik-baik'?skema je.
jadi la diri sendiri.tak kacau orang,ok lah.
solat,puasa,zakat abah dah bayarkan,baca quran,ISLAM lah tu.
tapi,bila semakin dewasa,semakin banyak ayat-ayat Allah yang seakan-akan menjawab persoalan ni.
dalam surah Al-Baqarah ayat 208, Allah kata;

"O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy."

Allah suruh masuk Islam secara keseluruhan.maksudnya, segala perbuatan,perkataan dan hati ini mestilah islam.dari kita bangun tidur,makan,berjalan,bercakap,beriadah,bergaul,cara kita berpakaian,etc.in short,islam is the way of life.apa cara islam?menyantuni semua org,bahkan semua makhluk,ikut syariat yg Allah tetapkan.semuanya kerana Allah.jadi mestilah nak buat yang terbaik (sebab kita rasa the presence of Allah).

orang islam akan sangat cepat melenting bila isu agama didebatkan.isu bakar Al-Quran,isu penggunaan nama Allah utk agama lain,etc tapi adakah orang-orang yg beria-ia membantah ini adalah orang yg menjalani hidup sebagai islam,luar dan dalam?betullah seperti yg Abu 'Ala Al Maududiyy kata, "orang islam itu beriman,tapi tak beramal dgn apa yg diimaninya".mereka percaya bahawa Allah itu ada, Al-Quran itu panduan hidup, Rasulullah itu utusanNya, syurga neraka itu benar dan qada' dan qadar Allah itu ketentuanNya.tapi,tak pernah mengamalkannya dalam hidup.Al-Quran berhabuk di rak,mengejar syurga tapi berbekalkan dosa,selalu menyalahkan takdir, mengabaikan ajaran dan sunnah Rasulullah dan tidak pernah merasakan Allah itu dalam hatinya.
astaghfirullah...ampun kan dosa kami yaAllah..

p/s: mahu buat banoffee pie utk dinner :p

Monday, January 17, 2011

UOB essay done!

bismillah.

subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar.
segala puji bagi Allah yang menciptakan segalanya, yang menyusun perjalanan hidup manusia dan yang Maha Mengetahui tentang hati hambaNya.

alhamdulillah, assignment utk UOB dah dihantar semalam setelah sebulan bekerja keras utk siapkan assignment tu walaupun itu adalah assignmentutk winter break hari tu (winter break sibuk berjalan :p )
walau pun cuak utk hantar sbb ditakuti essay tu detected as plagiarism, tp tawakal je pada Allah.semoga Allah lembutkan hati lecturer utk bagi markah yang selayaknya. 100% module ni depends on this essay. -_-

hati ini rindu pada orang-orang di malaysia.

Wednesday, January 12, 2011

tarbiyah Allah.

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.

hari ni,special.
bukan sbb ada surprise,bukan sbb dah siap assignment -_-"
hari ni sama je mcm smlm,masih ada 24 jam,tapi banyak benda yg Allah aturkan dan aku percaya semua yang berlaku bukan sia-sia.
mesti ada pengajaran yang Allah nk aku belajar.

pagi td,first workshop dgn groupmate utk module business planning.
first meeting,mereka dh ajak utk jumpa lagi sekali di bar.
ice braking katanya.
"you'll come right?",tanya salah seorang ahli dari indonesia.
"i'll try to make it",aku menjawab dgn niat utk tak join.
"no.u have to".
lidah kelu.no further response.
keluar kelas,terus bergegas ke prayer hall,air mata tak dapat ditahan.
takut.cuak.serabut.

lepas solat zuhur,ada usrah sekejap dgn kawan-kawan warwick.
sekejap je,tp cukup utk kembalikan semula smgt yg hilang masa workshop td.
masa tadabbur,terkesan dgn ayat ni.rasa terkena batang hidung sendiri.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (2:155)

lepas usrah,teman seorang akak ni ke london.
ada parents kawan yg xsihat dan perlu balik malaysia utk sambung rawatan di malaysia since kos perubatan kat sini agak mahal.
on the way akak tu hantar ku balik rumah,akak tu pulak tak sihat.
akak tu stop kt tepi,rest kejap.tapi makin tak ok.nak dijadikan cerita,dengan sangat2 bertawakal kepada Allah,aku beranikan diri utk drive.(kat malaysia pun tak drive,dtg uk drive plk)
alhamdulillah,semua selamat eventhough drive sgt slow (akak tu siap buka hazard lamp -_-" )

dalam satu hari,banyak yang Allah nk sampaikan.
banyak yang Allah nak aku belajar dan banyak juga yang Dia ajar.
itulah tarbiyah.didikan.supaya kita tak menjadi org yang sama pada hari esok.
supaya kita menjadi lebih baik dari hari ini dan sentisa memperbaiki diri.
mahu bertemu Mu ya Allah...

Sunday, January 9, 2011

fananya dunia

bismillah.

mahu share satu ayat dari kitab Allah yang menusuk hati masa sharing semalam.

Katakanlah (Muhammad),"Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu,maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat,agar kamu beruntung". (Surah Al-maidah:100)


Allah sendiri kata dalam Al-Quran yang keburukan itu menarik hatimu which is so true!simple examples; tgk movie sampai leka, bergaul lelaki dan perempuan tanpa batas syariat, lambat bangun subuh sebab sedap sgt tido dlm selimut/duvet,etc.tak perlu tgk org lain,aku sendiri selalu berperang dgn diri sendiri. Tapi Allah seru 'orang-orang yang mempunya akal yang sihat' untuk bertakwa (takut kan Allah). Adakah kita mempunya akal yang cukup sihat?takwa?

Ya Allah,tunjukkan lah aku jalan mu.

Friday, January 7, 2011

Tuesday, January 4, 2011

hati merintih di 'masjid' cordoba

bismillah.

subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar.
masuk hari ketiga di spain,rasa hati nak pecah menahan sedih,kecewa dan sakit hati.
islam memang hilang terus di bumi spain.yang tinggal hanyalah bangunan-bangunan peninggalan kerajaan islam,masjid yang telah digerejakan,dan artifak-artifak yang diletakkan di muzium sebagai bahan sejarah.
kami yang bertudung ni pun di 'scan' dari atas ke bawah oleh kebanyakan org di sini.
betul lah.islam bermula dgn dagang dan kembali dagang.

hari ini,kami ke cordoba.
sangat excited!cordoba merupakan ibukota sepanyol semasa zaman pemerintahan umayyah.cordoba pada ketika terkenal dgn kemajuannya terutama dalam bidang ilmu sehingga menjadikan tempat rujukan dari negara2 lain.
kami ke madinat al zahra dulu sebelum ke mezquita(masjid).

ayat Al-Quran yang cuba mereka padam (mezquita)
antara cebisan yang mereka tinggalkan(mezquita)
kubah masjid cordoba
subhanallah!(mezquita)
architecture yang hebat(mezquita)
medina al zahra
bekas tapak masjid-medina az zahra
pintu gerbang medina al zahra

cerita di mezquita.
kaki melangkah masuk.
terkedu.
ya Allah...
hampa.air mata memang tak dapat ditahan.inikah yang tinggal?

dalam perjalanan pulang ke villa,aku berfikir.
sebenarnya islam itu ada dimana-mana selagi hati ini masih berqiblatkan Allah yang satu.

Saturday, January 1, 2011

spain-day 1-malaga


bismillah.

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
villa alora.here i am.
Allah mudahkan perjalanan kami walaupun ada masalah sikit dgn imigresen tadi.
kami sampai di malaga dalam 11.15am waktu malaga.
plan asal tourist guide kami adalah untuk ke plaza mayo (shopping complex) tapi since hari ni new year,tempat tu tutup (alhamdulillah Allah selamatkan kami dari bershopping pada hari pertama).
jadi kami ke Torremolinos, pantai di malaga.

subhanallah.ciptaan Allah yang mana yang tak indah?
ciptaan yang mana yang dijadikanNya sia-sia?

Who remember Allah while standing or sitting or [lying] on their sides and give thought to the creation of the heavens and the earth, [saying], "Our Lord, You did not create this aimlessly; exalted are You [above such a thing]; then protect us from the punishment of the Fire. (3:191)

torremolinos

kami :)

semuanya dijadikan dengan tujuan supaya manusia berfikir dan hanya yang berakal yang akan berfikir.berakal kah kita?