Monday, April 11, 2011

mereka lebih muslim

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.
it's april!and it's spring!
subhanallah..cantiknya bumi Allah bila Dia menumbuhkan bunga2 untuk manusia terus berfikir.
tulip,daffodil,rose,daisy,lily dan banyak lagi.
subhanallah,tak terkata..

alhamdulillah,Allah beri kesempatan lagi untuk diri ini terus berjalan di muka bumi.
bermusafir dan melihat kebesaranNya.
dan cuti kali ni,kami telah ke france dan swiss.
tak mahu cakap banyak tentang france,saya mahu cerita tentang swiss.


tulip :)

subhanallah! :O

tulip lagi :p

blue sky and notre dame

fav pic.


kami ke basel,switzerland dan hanya sempat untuk stay selama 1hari setengah sebab ada urusan lain dan perlu balik segera ke england.
subhanallah.
masyarakat swiss sangat baik.semoga Allah mengurniakan akhlak yang sama atau lebih baik kepada kita.
jika malaysia dikatakan terkenal dengan budi bahasa dan sopan santun nya,kami berasa tercabar apabila ke basel kerana merasakan budi bahasa mereka jauh lebih tinggi dari masyarakat malaysia.bukan menyanjung tinggi orang barat tapi itulah kenyataan.dari receptionist hostel hingga ke makcik di tourist centre, dari orang yang sempurna hinggalah orang kurang upaya, dari orang yang fasih berbahasa inggeris hinggalah orang yang hanya tahu berbahasa german/french. semunya baik2.semuanya amat suka untuk menolong dan berusaha untuk beri yang terbaik walaupun kami berkomunikasi 'seperti ayam dan itik'.kami munggunakan bahasa inggeris,mereka menggunakan bahasa german.
alhamdulillah,Allah mudahkan juga.

teringat quotation seorang ulama,"aku ke eropah,dan aku dapati tiada orang islam disana tetapi aku temui amat ramai muslim; dan aku ke mesir,aku dapati amat ramai orang islam disana tetapi amat sedikit yang muslim." (tak ingat exact ayat.tetapi lebih kurang begitulah,iAllah).

jadi,apa maksudnya?
kita mengaku islam agama kita tetapi sejauh mana kita mengamalkannya?islam itu adalah cara hidup,jadi dalam setiap perbuatan yang kita lakukan,sepatutnya semunya berpandukan Al-Quran dan sunnah.bukan mengambil hanya sebahagian yang kita suka dan meninggalkan yang lain.tapi realitinya?
orang barat disini lebih mengamalkan apa yang dibawa oleh Rasulullah.menghormati orang tua,menjaga kebersihan,menepati masa,etc.

masyarakat itu terdiri daripada komponen individu maka yang mejadikan masyarakat itu lebih maju adalah individu itu sendiri.
mari kita mula dengan diri kita dan mengamalkan perkara-perkara yang mudah dan simple.
senyum.
hormat orang tua.
jaga kebersihan.
tepati masa.
tidak membazir.
etc.

mudah untuk dilakukan tapi sukar untuk istiqamah.

semoga diri kita yang esok lebih baik dari hari ini.

amin :)



No comments:

Post a Comment