bismillah.
subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.
hari ini,kami ke rumah Ustaz Mazrul dan Kak Affa di Loughborough.selain makan2 yang best kak affah sempat bagi sedikit pengisian buat kami. :)
pengisian dari kak affah;
"hati itu umpama sebuah kerajaan.mempunyai tanah yang subur dan jika dijajah,akan terjajah lah sebuah negara.si baik dan si jahat masing-masing berusaha untuk menjajah tanah ini.dalam satu-satu masa,hanya satu pihak sahaja yang akan menang dan menjadi pemerintah untuk kerajaan ini.
jika si baik menang,si baik lah yang akan jadi ketua,menghalau jauh si jahat jauh dari tanah jajahan mereka.begitu juga sebaliknya jikasi jahat menang.dan,mereka tidak pernah akan boleh sama-sama memerintah negeri ini.
begitu juga dengan hati.jika yang menguasai hati itu adalah akhlak yang baik dan sifat-sifat mahmudah,sifat-sifat yang buruk akan terus disingkirkan dari hati.sifat baik dan jahat tidak akan pernah sama-sama menjajah hati".
jika hati kita bersih,alhamdulillah.
jika hati kita kotor,berdoa lah kepada Allah supaya dibersihkan hati kita.
jika hati kita mati,mohonlah kepada Allah supaya dikurniakan hati yang baru.
Allah...
bestnye jumpa ustaz Mazrul dgn kak Affa!
ReplyDelete=)