Saturday, February 25, 2012

mengapa perlu bersedih?

bismillah.

Narrated Abu Sa'id Al-Khudri and Abu Huraira: The Prophet said,

"No fatigue, nor disease, nor sorrow, nor sadness, nor hurt, nor distress befalls a Muslim, even if it were the prick he receive from a thorn, but that Allah expiates some of his sins for that"

Sahih Bukhari (Book #70,Hadith #545)


Narrated Abu Huraira: Allah Apostle said, If Allah wants to do good to somebody, He afflicts him with trials."

kalau begitu,mengapa perlu bersedih? ;)


Thursday, February 23, 2012

inilah kehidupan


bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.

minggu ini,ku terasa dikejar masa.
masa kah yang berlari lebih pantas?
atau aku kah yang semakin lambat berjalan?
by end of this week,report project perlu dihantar.
weekend perlu ke london untuk meeting sponsor.
next week,project presentation.
next 2weeks,test.
next 3weeks,another group presentation.
meeting itu,meeting ini.nangis.

amat lain rasanya hidupku dulu dan sekarang.
akulah yang membuat semua keputusan dalam hidup.
akulah yang menimbang baik buruk sesuatu perkara.
akulah yang memberi semngat kepada diri sendiri saat ku rasa letih untuk terus berusaha.
akulah yang memujuk diri sendiri tatkala hati bersedih dengan dunia.
akulah yang perlu memberi nasihat kepada diri sendiri.
mak abah jauh di malaysia.tidak sanggup rasanya mengadu itu dan ini.
orang lain juga punya masalah yang lain.
kepada siapa lagi aku boleh minta kekuatan kalau bukan kepada Allah?
kepada siapa lagi boleh aku mohon perlindungan kalau bukan kepada Allah?
dan kepada siapa lagi yang aku boleh bergantung kalau bukan kepada Allah?

kadang,aku letih dengan kehidupan dunia.
dan aku pujuk diri sendiri.
dunia ini hanya sekejap,untuk akhirat yang selamanya.

"dan kerana Tuhanmu,bersabarlah." (74:7)
pujukan paling best dari Allah! :)



Friday, February 17, 2012

lollipop ;)

bismillahirrahmanirrahim.

subhanallah.subhanallah.subhanallah.

Allah Maha Pengasih,Maha Penyayang.
selagi kita tidak pernah merasai Allah itu Pengasih dan Penyayang,selagi itulah kita tidak akan faham konsep Ar Rahman dan Ar Rahim.

Petang itu,aku dan beberapa akhawat yang lain baru usai syura.jam menunjukkan pkl 5.15 ptg.
kami lapar.aku hanya makan sekeping roti sebagai sarapan,dan coklat kecil untuk lunch.memang tak sempat untuk makan kerana aku perlu siapkan assignment sebelum ke syura di birmingham.
kami berbincang.
ada yang mahu makan fast food-lebih murah.sesuai untuk mereka yang perlu berjimat-jimat (ye.itu aku.)
ada yang perlu dan mesti makan nasi.
tapi kami perlu sampai di warwick sebelum 7malam untuk kuliah dengan abg Jo.
semua setuju untuk take away dan makan sahaja dalam train nanti.

tiba-tiba seorang wanita Pakistan berjubah hitam,berselendang hijau berlari mendapatkan kami.
"do u guys want some food?"
aku terkaku.senyap.terasa sebak.
akhawat lain mula mengucapkan puji dan syukur.

kami bergerak masuk ke dewan dimana Pakistan Society mengadakan jamuan makan sempena Maulidur Rasul.
aku segan,jadi aku jalan lambat-lambat dan hanya duduk bila akhawat yang lain telah memulakan suapan mereka.
aku masih sebak.dalam hati,tidak berhenti aku mengucap syukur.
bukan calang-calang makanan yang dihidangkan kepada kami.
briyani,sweet rice,kebab,kek dan jus.
subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.

Allah sweet kan?
He is soo sweettt that you can never imagine.subhanallah!!
kalau rasa lollipop itu manis,manis lagi Allah yang menciptakan manis itu.

kadang aku merasakan aku ini terlalu banyak lekanya,lalainya,malasnya.tapi,Allah tetap menolong ku,mudah kan urusan ku dan sentiasa kurniakan ketengan itu.
Alhamdulillah.
benar lah.nikmat iman dan islam itu adalah nikmat terbesar daripada Allah,hanya untuk mereka yang berfikir.

moga diri ini terus tsabat dan mencintai Allah sepenuh hati tanpa ada yang lain.