bismillah.
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
tiga minggu yang sarat dengan pengalaman.
"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan."
Allah sangatttt baik.
kalaulah Allah tarik satu nikmat yang kita ada hari ni untuk setiap dosa yang kita lakukan,sama ada sedar atau tidak, entah apa yang tinggal kat diri kita ni.
aku mahu kongsikan satu pengisian yang terkesan di hati semasa aku ke newcastle tempoh hari.
simple yet meaningful.
jika ditanya manusia dijadikan daripada apa,dengan mudah kita menjawab,tanah.
sebab Allah juga nyatakan begitu dalam Al-Quran.
"....Kami telah menciptakan kamu dari tanah.." (22:5)
kemudian,Allah tiupkan pula roh kedalam rahim si ibu,dan jadilah janin yang mula bergerak-gerak,dan kemudian lahir sebagai bayi.
itulah manusia.
manusia perlukan makanan untuk terus hidup dan jika diperhatikan,semua makanan yang kita makan,berasal dari tanah.nasi,ikan,sayur,buah-buahan,etc.
kenapa?
sesuai lah dengan manusia yang juga dijadikan dari tanah.
saling lengkap-melengkapi.
lihat pula roh kita.
asalnya dari Allah,dan logiknya,juga perlukan makanan.
makanan yang bagaimana?mudah.sama juga seperti jasad.
jika jasad yang berasal dari tanah perlukan makanan dari tanah,roh yang datangnya dari Allah juga perlukan makanan dari Allah.
itulah sebabnya Allah wajibkan manusia menyembahNya.
bukan setakat solat,puasa,zakat.itu wajib.
kita perlu lebih dari itu.
baca Al-Quran,qiam,solat sunat,sedekah,etc.
teringat kata-kata emak dulu.
"kalau buat benda yang wajib je,takde langsung yang sunat,macam makan nasi je,takde lauk".
now,it makes sense.
cuba bayangkan manusia yang mengabaikan rohnya.
hingga hatinya mati,tidak berperasaan.
heartless.
i would say,he is useless.
kenapa?
sebab yang tinggal hanya jasad.hanya tanah.boleh jadi hanya lebihan kepada dunia.
tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang lain.
sebab itu,kesempurnaan manusia,tidaklah terletak kepada rupa parasnya atau apa yang dimilikinya.
tetapi,amat bergantung kepada apa yang ada dalam hatinya.
"cuba lihat artis yang rupanya sangattt cantik,berkahwin dengan orang yang sangattt handsome.kita kata,sempurna.sesuai.padan.dan tak lama kemudian,bercerai juga,"kata seorang kakak kepada ku.
betul.jika paras rupa yang menjadi ukuran sempurna,memang tak akan kemana.kerana itu hanyalah jasad yang kosong.
apa khabar kita hari ini?
apa khabar roh kita hari ni?
kita dah makan?
roh kita bagaimana?
No comments:
Post a Comment