Sunday, December 4, 2011

kita hanya berusaha :)


bismillah.

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.

satu persatu nama-nama Allah berlegar di kepala,mengingatkan aku betapa Allah itu penuh dengan sifat-sifat yang menyempurnakan.
maha Pengasih,maha Penyayang, maha Kuasa, maha Suci and the list goes on.

minggu ni,Allah kurnikan kami kekuatan untuk organise satu program, "Bainal Ams Wal Yaum" (antara semalam dan hari ini).
nama program ini diadaptasi dari salah satu risalah yang ditulis oleh Imam Hasan Al-Banna.
niat kami hanya satu,mendekatkan semua orang yang kami boleh capai kepada Allah dengan menelusuri sejarah ketamadunan Islam pada satu tika dulu.
bagaimana Islam yang pada mulanya dipulau,diejek,dihina menjadi world order pada zaman Abbassiyah dan jatuh sehingga kita kehilangan khalifah,ditindas tanpa pembelaan.
dan kuasa dunia bertukar tangan kepada kuasa barat.

jika melihat semangat Rasullullah dan para sahabat memperjuangkan Islam pada satu tika dulu,hati ini mampu menangis.
mereka amat bersungguh-sungguh,berani dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah,no matter what.
kagum,sebak dan rindu pada utusan Allah itu.

dan hari ini,kami cuba untuk menyambung rantaian Islam itu.
cuba sampaikan apa yang kami tahu.
cuba menjadikan orang lain bukan sekadar tahu tapi faham tentang tujuan hidup manusia.
bukan lah sekadar belajar,bekerja,berkahwin,mempunyai anak,rumah kereta yang besar,dan kemudian mati.
kita bukan robot.
berhenti sejenak,dan fikir.
mesti ada sesuatu yang Allah mahu kita buat di dunia,untuk hidup yang kekal selamanya di akhirat.

namun,bukan senang untuk mengajak manusia untuk mendengar,untuk memahami dan berfikir.
kadang-kadang,sampai rasa sangat sedih sebab tiada siapa pun mahu mendengar.
tapi,apabila mengenangkan Rasulullah dulu, baginda diejek,dipulau,dibaling batu dan banyak lagi yang baginda lalui,namun tetap tegar menyebarkan Islam.
ayat Allah dalam Al-Quran;

"Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi kitab dan kepada orang-orang buta huruf,"sudahkah kamu masuk Islam?" Jika mereka masuk Islam, bererti mereka telah mendapat petunjuk,tetapi jika mereka berpaling,maka kewajipanmu hanyalah menyampaikan. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya". (Al-Imran: 20)

jadi,tiada alasan untuk berputus asa atau berhenti mengingatkan manusia tentang risalah Rasulullah dulu.
juga tiada sebab untuk bersedih kerana Allah tidak mengganjari manusia dengan hasil tetapi dengan usaha.

moga Allah tsabatkan kita dijalan ini dan mempermudahkan urusan kita dunia dan akhirat.
amin2,iAllah.

No comments:

Post a Comment