hati,
tetap lah engkau di sini,
jangan pernah engkau berpaling kebelakang kerana sesungguhnya apa yang aku tinggalkan hanya untuk membersihkan mu.
supaya boleh ku isi sepenuhnya hanya dengan cinta dari sang Ilahi.
hati,
tidak ada apa yang perlu kau cemburu,
tidak ada apa yang perlu kau risau,
dan tidak ada apa yang perlu kau sangsi.
kerana sesungguhnya Allah melihat jihad-jihad mu itu.
hati,
bila kau meletakkan segala kepercayaanmu kepada Allah,
pasti kau tidak akan kecewa dengan setiap apa yang berlaku ke atasmu.
bila kau sandarkan sepenuh cintamu kepada Allah,
pasti Dia akan membalas cintamu dengan seluas-luas kasih sayangNya.
dan bila kau menyerahkan segala ketentuan mu kepada Allah,
pasti kau akan sentiasa redha dengan qada' dan qadarmu.
sabar lah duhai hati,
ini hanya dunia,
dan dunia ini hanyalah secebis dari kehidupan mu.
berkorbanlah sedikit demi jannah firdaus itu.
aku yakin kau kuat,
kerana kau,adalah aku,
dan kita mahu sama-sama ke syurga.
No comments:
Post a Comment