Monday, April 25, 2011

kita dan mereka

bismillah.

subhanallah.ahamdulillah.allahuakbar.
semoga Allah ganjari keletihan ini dengan sesuatu yang lebih baik di akhirat kelak.
amin.

mahu share satu perkara yang menarik perhatian ku untuk berfikir semasa talk ustaz aziz semasa spring camp minggu lepas.

jika kita lihat diri kita,apa yang menghalang kita dari melakukan maksiat?maksiat in general.contoh,mengumpat,zina/mendekati zina,namakan apa sahaja.

orang Islam (muslim) punya iman untuk mengawal dirinya, sebagai protection kepada maksiat dan perkara-perkara yang buruk.


bagaimana dengan orang bukan Islam?mereka tak punya iman.
simple.mereka punya nilai.values dalam diri mereka sendiri.mereka punya kesedaran sivik,kesedaran untuk berbuat baik,kesedaran untuk menghormati orang lain,etc.
jadi,protection mereka adalah nilai dalam diri sendiri.

adakah kita tak punya nilai?
ada.kita punya nilai.kerana iman membentuk nilai.
dan ini juga bermaksud,orang Islam punya double protection,iman dan nilai sementara orang bukan Islam hanya bergantung semata-mata kepada nilai yang diterapkan dalam diri mereka.

jadi,apa taraf orang Islam yang tetap melakukan maksiat?

tepuk dada,tanya iman.


No comments:

Post a Comment