Thursday, January 27, 2011

banoffee pie :)

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.
lama menyepi.kadang-kadang kerana terlupa,kadang-kadang ada kerja lain yang memerlukan prioriti.

dulu, masa zaman kanak-kanak,selalu terfikir.
kenapa perlu jadi org yg 'baik-baik'?skema je.
jadi la diri sendiri.tak kacau orang,ok lah.
solat,puasa,zakat abah dah bayarkan,baca quran,ISLAM lah tu.
tapi,bila semakin dewasa,semakin banyak ayat-ayat Allah yang seakan-akan menjawab persoalan ni.
dalam surah Al-Baqarah ayat 208, Allah kata;

"O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy."

Allah suruh masuk Islam secara keseluruhan.maksudnya, segala perbuatan,perkataan dan hati ini mestilah islam.dari kita bangun tidur,makan,berjalan,bercakap,beriadah,bergaul,cara kita berpakaian,etc.in short,islam is the way of life.apa cara islam?menyantuni semua org,bahkan semua makhluk,ikut syariat yg Allah tetapkan.semuanya kerana Allah.jadi mestilah nak buat yang terbaik (sebab kita rasa the presence of Allah).

orang islam akan sangat cepat melenting bila isu agama didebatkan.isu bakar Al-Quran,isu penggunaan nama Allah utk agama lain,etc tapi adakah orang-orang yg beria-ia membantah ini adalah orang yg menjalani hidup sebagai islam,luar dan dalam?betullah seperti yg Abu 'Ala Al Maududiyy kata, "orang islam itu beriman,tapi tak beramal dgn apa yg diimaninya".mereka percaya bahawa Allah itu ada, Al-Quran itu panduan hidup, Rasulullah itu utusanNya, syurga neraka itu benar dan qada' dan qadar Allah itu ketentuanNya.tapi,tak pernah mengamalkannya dalam hidup.Al-Quran berhabuk di rak,mengejar syurga tapi berbekalkan dosa,selalu menyalahkan takdir, mengabaikan ajaran dan sunnah Rasulullah dan tidak pernah merasakan Allah itu dalam hatinya.
astaghfirullah...ampun kan dosa kami yaAllah..

p/s: mahu buat banoffee pie utk dinner :p

2 comments:

  1. iskkk...T.T
    apekah level kita ek..astaghfirullah..takut bila fikir kan..shida.."ingin blari brsama mu ke syurga" kata2 y sgt.......emm..xterdescribe..

    btw, sedap la banoffee pie! ^^

    ReplyDelete
  2. betul husna.kita sendiri pun susah nk tentukan sama ada kita ni muslim,mukmin atau muhsin. x_x
    ye.ingin berlari bersamamu ke syurga.ingin berlari bersama-sama org yg kita syg di syurga Allah.doakan shida dlm setiap doa. :)

    heee..tu try and error.husna pun blh buat.sng je.jzkk nway. :)

    ReplyDelete