Sunday, December 11, 2011

berjaya yang bagaimana?

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.

term musim luruh 2011 baru melabuhkan tirainya.cuti bermula.
namun,bukan bermakna buku boleh dibiarkan berhabuk,malah assignment berderet menunggu untuk disiapkan.physically and mentally exhausted.
demi segulung sijil dan demi tujuan hidup itu,aku gagahkan juga.

kadang-kadang,bila diri terlalu sibuk,aku jadi lupa apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup.
apa yang aku kejarkan.
apa yang aku sibukkan.
apa yang memenuhkan fikiran ku saban hari.
ya.Allah suruh belajar.tapi untuk apa?
sekadar mempunyai degree,dan master dan phD dan?

dan itulah ukuran kejayaan masyarakat kita.
apabila kita mengukur kejayaan seseorang menggunakan neraca dunia.
punya pelajaran yang tinggi,kereta besar,rumah besar,pangkat yang tinggi.

tapi,adakah kita pasti 1st class didunia ini mampu menjamin 1st class akhirat?
mampukah kita berhadapan dengan Allah sewaktu dihisab nanti dengan hanya berbekalkan sehelai kertas yang hanya diiktiraf manusia lain?
aku tau aku tak mampu.

sebab itu,bila menjejakkan kaki di bumi asing ini,aku lebih banyak berfikir.
apa lagi yang aku mampu lakukan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.
yang mampu memberatkan al mizan dan menjadikan aku sebagai ahli jannah,yang sepatutnya menjadi idaman semua manusia.
bukan syurga dunia khayalan semata.

semoga dimana sahaja kaki ini melangkah dan setiap usaha yang aku lakukan,mampu untuk menjadikan aku seorang yang cemerlang,di mata Allah.
macam mana?
buka Alquran dan bertadabur lah. :)



1 comment: