bismillah.
Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem
yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepasmembaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak
permintaan mereka.
“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 18-SX, tapi
kami berdua dah pun lebih dari 18 tahun!”
Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak
bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”
“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan
kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa
minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti
kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian.
Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”
“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak
kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video
yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh
pergi menonton filem itu. End of discussion.”
Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu
dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang
tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti
bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka
mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang
berkata kepada adiknya,
“Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita
dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan
memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”
Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka
muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari
oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka
mengambil satu brownies.
Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap
sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling
berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah
dah lembut hati,” bisik hati mereka.“Itulah sebabnya ayah membuat
brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua
bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3
gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang
paling enak.”
Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu
menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana
ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.
“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan
istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai
oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang
rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja
bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi
makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”
“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula
makan?” tanya si abang.
“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu
tak akan boleh perasan pun rasanya.”
“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.
“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.
“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.
“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu
ialah…. Tahi anjing!!”
Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam
pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan
penuh rasa menjijikkan.
“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang
sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi
anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.
“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau
dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia
sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh
perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain
menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”
“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”
“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua
pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing
di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak
bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa
kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi
kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita
menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri,
fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah
itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.
Allahu 'Alam.
No comments:
Post a Comment