Thursday, December 29, 2011

oh hati.

hati,

tetap lah engkau di sini,
jangan pernah engkau berpaling kebelakang kerana sesungguhnya apa yang aku tinggalkan hanya untuk membersihkan mu.
supaya boleh ku isi sepenuhnya hanya dengan cinta dari sang Ilahi.

hati,
tidak ada apa yang perlu kau cemburu,
tidak ada apa yang perlu kau risau,
dan tidak ada apa yang perlu kau sangsi.
kerana sesungguhnya Allah melihat jihad-jihad mu itu.

hati,
bila kau meletakkan segala kepercayaanmu kepada Allah,
pasti kau tidak akan kecewa dengan setiap apa yang berlaku ke atasmu.
bila kau sandarkan sepenuh cintamu kepada Allah,
pasti Dia akan membalas cintamu dengan seluas-luas kasih sayangNya.
dan bila kau menyerahkan segala ketentuan mu kepada Allah,
pasti kau akan sentiasa redha dengan qada' dan qadarmu.

sabar lah duhai hati,
ini hanya dunia,
dan dunia ini hanyalah secebis dari kehidupan mu.
berkorbanlah sedikit demi jannah firdaus itu.

aku yakin kau kuat,
kerana kau,adalah aku,
dan kita mahu sama-sama ke syurga.

Wednesday, December 28, 2011

ini cerita kita

bismillah.

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
tiga minggu yang sarat dengan pengalaman.
"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan."
Allah sangatttt baik.
kalaulah Allah tarik satu nikmat yang kita ada hari ni untuk setiap dosa yang kita lakukan,sama ada sedar atau tidak, entah apa yang tinggal kat diri kita ni.

aku mahu kongsikan satu pengisian yang terkesan di hati semasa aku ke newcastle tempoh hari.
simple yet meaningful.

jika ditanya manusia dijadikan daripada apa,dengan mudah kita menjawab,tanah.
sebab Allah juga nyatakan begitu dalam Al-Quran.
"....Kami telah menciptakan kamu dari tanah.." (22:5)
kemudian,Allah tiupkan pula roh kedalam rahim si ibu,dan jadilah janin yang mula bergerak-gerak,dan kemudian lahir sebagai bayi.
itulah manusia.

manusia perlukan makanan untuk terus hidup dan jika diperhatikan,semua makanan yang kita makan,berasal dari tanah.nasi,ikan,sayur,buah-buahan,etc.
kenapa?

sesuai lah dengan manusia yang juga dijadikan dari tanah.
saling lengkap-melengkapi.

lihat pula roh kita.
asalnya dari Allah,dan logiknya,juga perlukan makanan.
makanan yang bagaimana?mudah.sama juga seperti jasad.
jika jasad yang berasal dari tanah perlukan makanan dari tanah,roh yang datangnya dari Allah juga perlukan makanan dari Allah.
itulah sebabnya Allah wajibkan manusia menyembahNya.
bukan setakat solat,puasa,zakat.itu wajib.
kita perlu lebih dari itu.
baca Al-Quran,qiam,solat sunat,sedekah,etc.
teringat kata-kata emak dulu.
"kalau buat benda yang wajib je,takde langsung yang sunat,macam makan nasi je,takde lauk".
now,it makes sense.

cuba bayangkan manusia yang mengabaikan rohnya.
hingga hatinya mati,tidak berperasaan.
heartless.
i would say,he is useless.
kenapa?
sebab yang tinggal hanya jasad.hanya tanah.boleh jadi hanya lebihan kepada dunia.
tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang lain.

sebab itu,kesempurnaan manusia,tidaklah terletak kepada rupa parasnya atau apa yang dimilikinya.
tetapi,amat bergantung kepada apa yang ada dalam hatinya.
"cuba lihat artis yang rupanya sangattt cantik,berkahwin dengan orang yang sangattt handsome.kita kata,sempurna.sesuai.padan.dan tak lama kemudian,bercerai juga,"kata seorang kakak kepada ku.
betul.jika paras rupa yang menjadi ukuran sempurna,memang tak akan kemana.kerana itu hanyalah jasad yang kosong.

apa khabar kita hari ini?
apa khabar roh kita hari ni?
kita dah makan?
roh kita bagaimana?

Sunday, December 11, 2011

berjaya yang bagaimana?

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.

term musim luruh 2011 baru melabuhkan tirainya.cuti bermula.
namun,bukan bermakna buku boleh dibiarkan berhabuk,malah assignment berderet menunggu untuk disiapkan.physically and mentally exhausted.
demi segulung sijil dan demi tujuan hidup itu,aku gagahkan juga.

kadang-kadang,bila diri terlalu sibuk,aku jadi lupa apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup.
apa yang aku kejarkan.
apa yang aku sibukkan.
apa yang memenuhkan fikiran ku saban hari.
ya.Allah suruh belajar.tapi untuk apa?
sekadar mempunyai degree,dan master dan phD dan?

dan itulah ukuran kejayaan masyarakat kita.
apabila kita mengukur kejayaan seseorang menggunakan neraca dunia.
punya pelajaran yang tinggi,kereta besar,rumah besar,pangkat yang tinggi.

tapi,adakah kita pasti 1st class didunia ini mampu menjamin 1st class akhirat?
mampukah kita berhadapan dengan Allah sewaktu dihisab nanti dengan hanya berbekalkan sehelai kertas yang hanya diiktiraf manusia lain?
aku tau aku tak mampu.

sebab itu,bila menjejakkan kaki di bumi asing ini,aku lebih banyak berfikir.
apa lagi yang aku mampu lakukan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.
yang mampu memberatkan al mizan dan menjadikan aku sebagai ahli jannah,yang sepatutnya menjadi idaman semua manusia.
bukan syurga dunia khayalan semata.

semoga dimana sahaja kaki ini melangkah dan setiap usaha yang aku lakukan,mampu untuk menjadikan aku seorang yang cemerlang,di mata Allah.
macam mana?
buka Alquran dan bertadabur lah. :)



Sunday, December 4, 2011

kita hanya berusaha :)


bismillah.

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.

satu persatu nama-nama Allah berlegar di kepala,mengingatkan aku betapa Allah itu penuh dengan sifat-sifat yang menyempurnakan.
maha Pengasih,maha Penyayang, maha Kuasa, maha Suci and the list goes on.

minggu ni,Allah kurnikan kami kekuatan untuk organise satu program, "Bainal Ams Wal Yaum" (antara semalam dan hari ini).
nama program ini diadaptasi dari salah satu risalah yang ditulis oleh Imam Hasan Al-Banna.
niat kami hanya satu,mendekatkan semua orang yang kami boleh capai kepada Allah dengan menelusuri sejarah ketamadunan Islam pada satu tika dulu.
bagaimana Islam yang pada mulanya dipulau,diejek,dihina menjadi world order pada zaman Abbassiyah dan jatuh sehingga kita kehilangan khalifah,ditindas tanpa pembelaan.
dan kuasa dunia bertukar tangan kepada kuasa barat.

jika melihat semangat Rasullullah dan para sahabat memperjuangkan Islam pada satu tika dulu,hati ini mampu menangis.
mereka amat bersungguh-sungguh,berani dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah,no matter what.
kagum,sebak dan rindu pada utusan Allah itu.

dan hari ini,kami cuba untuk menyambung rantaian Islam itu.
cuba sampaikan apa yang kami tahu.
cuba menjadikan orang lain bukan sekadar tahu tapi faham tentang tujuan hidup manusia.
bukan lah sekadar belajar,bekerja,berkahwin,mempunyai anak,rumah kereta yang besar,dan kemudian mati.
kita bukan robot.
berhenti sejenak,dan fikir.
mesti ada sesuatu yang Allah mahu kita buat di dunia,untuk hidup yang kekal selamanya di akhirat.

namun,bukan senang untuk mengajak manusia untuk mendengar,untuk memahami dan berfikir.
kadang-kadang,sampai rasa sangat sedih sebab tiada siapa pun mahu mendengar.
tapi,apabila mengenangkan Rasulullah dulu, baginda diejek,dipulau,dibaling batu dan banyak lagi yang baginda lalui,namun tetap tegar menyebarkan Islam.
ayat Allah dalam Al-Quran;

"Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi kitab dan kepada orang-orang buta huruf,"sudahkah kamu masuk Islam?" Jika mereka masuk Islam, bererti mereka telah mendapat petunjuk,tetapi jika mereka berpaling,maka kewajipanmu hanyalah menyampaikan. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya". (Al-Imran: 20)

jadi,tiada alasan untuk berputus asa atau berhenti mengingatkan manusia tentang risalah Rasulullah dulu.
juga tiada sebab untuk bersedih kerana Allah tidak mengganjari manusia dengan hasil tetapi dengan usaha.

moga Allah tsabatkan kita dijalan ini dan mempermudahkan urusan kita dunia dan akhirat.
amin2,iAllah.

Tuesday, November 29, 2011

keep on walking.

bismillah.

astaghfirullah.astaghfirullah.astaghfirullah.

semoga Allah ampunkan dosa-dosaku,jika terkadang aku tidak yakin akan ketentuanNya.
hidup yang dipenuhi dengan assignments,lectures dan seminar kadang-kadang buat aku terlupa mengapa aku di sini.untuk apa?untuk siapa?
hidup dalam dunia yang semuanya mengejar keduniaan semata.
hidup yang kalau dikejar memang tak kan pernah ada penghujungnya.
hidup yang kita sendiri tak tahu apa destinasi terakhirnya.

teringat satu ayat Allah yang baru aku baca pagi tadi.
''Oyou who have believed, persevere and endure and remain stationed and fear Allah that you may be successful.'' (3:200)
He knows best.put your trust in Allah.

semoga hati ini tetap teguh berdiri dan mampu terus melangkah dengan niat yang satu.

-menjadikan syurga itu satu obsesi-

Saturday, November 26, 2011

of a new chapter

bismillah.

1 Muharam 1433 dan Allah masih beri lagi kudrat dan peluang untuk hidup.buku lama ditutup dan diangkat kelangit, dan buku baru dibuka.moga tahun lepas memberi 1001 pengajaran dan tahun ini,moga diri mampu menjadi lebih baik jasadnya,lebih kuat imannya,lebih cantik akhlaknya dan lebih cemerlang hidupnya.amin.amin.amin.

bila berbicara tentang hijrah,kita selalu mengaitkannya dengan hijrah Rasulullah dengan para sahabat ke Madinah.tapi bagaimana pula kita mengambil pengajaran dari kisah baginda?

memang.hijrah itu amat memerlukan kekuatan.jika dulu para sahabat sanggup keluar dari kota Mekah meninggalkan rumah,haiwan ternakan,dan harta lain,menuju ke Madinah sehelai sepinggang.hanya berbekalkan iman dan tsiqah mereka terhadap Rasulullah,mengharapkan keredhaan Allah.total submission.jadi,bagaimana pula dengan kita?bilakah fasa hijrah itu akan hadir dalam diri kita?

hijrah hari ini adalah hijrah yang lebih besar maknanya.meninggalkan perkara-perkara yang Allah larang,cuba menjadi hamba Allah yang lebih baik,dan memperbaiki akhlak sehingga kita mampu mengaku yang kita adalah duta Islam.lebih mudah mengungkap kata-kata dari melaksanakannya.tapi sampai bila kita harus berada di takuk lama?stagnant.tanpa usaha untuk menjadi seorang yang lebih baik,dengan ruh yang 'baru'.

dan semoga,tahun ini kita mampu menjadi hamba Allah yang lebih soleh dan solehah.menjadi seorang yang baru,semangat yang baru,cita-cita baru,azam baru disertai dengan niat yang baru.bukan mudah,tapi tak mustahil.

may Allah guides our steps to jannah.

Thursday, August 18, 2011

ramadhan 19

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.

time flies.seasons change.and it's now summer.
alhamdulillah.Allah bagi lagi peluang untuk bernafas di malaysia disamping keluarga tersayang.
musim exam telah lama berlalu.He knows best.one word.alhamdulillah.

it's now ramadhan.hoping that this will be the best ramadhan in my life and may Allah grant me and my family with barakah.amin.amin.amin.

jom kejar lailatulqadr!