Friday, December 31, 2010

uhibbukifillah :)

bismillah.

tadi ku chatting dgn angah (kakak ku yg 2nd). selalu chatting dgn angah untuk update apa yang berlaku kt malaysia, family sihat ke tak, isu-isu lain.kadang-kadang pasal kerja pun angah cerita juga. sebelum dia offline..

angah: sayang mu!
ku: uhibbukifillah!(maksud nya,ku sayang mu kerana Allah!)
angah: owh.kena fillah ke?
ku: kalau fillah kn dapat pahala.heee...

angah comel!hikhik.betul ke kalau buat semua kerana Allah dpt pahala?sayang je pun.bukan solat.bukan sedekah.bukan puasa.

51:56
Sahih International
And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.
Malay
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (51:56)

dan apa pula maksud ibadah?Islam mempunyai keistimewaan dengan menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ‘ibadah apabila ia diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi untuk mencapai keredaan-Nya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyari’atkan oleh-Nya. Islam tidak menganggap ‘ibadah-’ibadah tertentu sahaja sebagai amal salih malah ia meliputi segala kegiatan lain.




jadi, kalau sayang mak abah, adik-beradik, dan saudara semuslim (mengikut syarak) kerana Allah pun dianggap ibadah.Allah baik hati kn?sangat pemurah dengan hamba-hambaNya.bayangkan bagaimana Allah amat sayang kn kita jika rasa cinta kita yg paling dalam kepada manusia itu adalah hanya percikan kasih sayang Allah.cuma kita saja yang tiada masa utk mencintai Allah, tiada masa utk menghargai kasih sayang Allah.astaghfirullah.astaghfirullah.astaghfirullah.

Ya Allah, jangan lah biarkan hati ini mencintai orang lain lebih dari aku mencintai Mu.
amin.

No comments:

Post a Comment