Friday, December 31, 2010

tahun berganti lagi

bismillah. :)

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
tahun 2010 berlalu dengan seribu satu kenangan.

kenangan yang mengajar erti kehidupan.

betul.kehidupan itu mengajar.

mengajar kita supaya menjadi orang yang lebih kuat,lebih berdikari,tidak bergantung harap selain dari Allah,sentiasa bersangka baik,belajar untuk mentarbiyah diri,dan yang paling signifikan,semua yang terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah dan Allah itu Maha Mengetahui.

bermula dgn result AS yg agak mengecewakan, konflik dalam diri yang asyik berperang dengan hati,hidup yang amat stress dengan A-level exam,handphone yang hilang,perjalanan ulang-alik dari negeri sembilan ke kl menguruskan visa dan lain-lain,terbang ke bumi uk dan akhirnya detik 12 tengah malam 2010 diakhiri dengan usrah bersama kak fifah.

semoga ku sentiasa berada dalam nikmat Islam dan Iman,amin.amin.amin.

dan tahun 2011,semoga menjadi tahun yang lebih baik.tahun yang akan menjadikan diri ini lebih baik dari yang sebelumnya,amin.iAllah.

esok,iAllah ku akan ke spain.mahu melihat sendiri peninggalan sejarah umat Islam yg terdahulu.yang bangun dari kosong kepada negara Islam yang hebat dan jatuh akibat kelalaian pemerintahan itu sendiri.semoga menjadi pemangkin untuk sama-sama menegakkan semula syiar Allah di muka bumi,amin.

kalau ada kesempatan,iAllah akan diupdate. :)

doakan perjalanan kami dipermudahkan Allah.

uhibbukifillah :)

bismillah.

tadi ku chatting dgn angah (kakak ku yg 2nd). selalu chatting dgn angah untuk update apa yang berlaku kt malaysia, family sihat ke tak, isu-isu lain.kadang-kadang pasal kerja pun angah cerita juga. sebelum dia offline..

angah: sayang mu!
ku: uhibbukifillah!(maksud nya,ku sayang mu kerana Allah!)
angah: owh.kena fillah ke?
ku: kalau fillah kn dapat pahala.heee...

angah comel!hikhik.betul ke kalau buat semua kerana Allah dpt pahala?sayang je pun.bukan solat.bukan sedekah.bukan puasa.

51:56
Sahih International
And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.
Malay
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (51:56)

dan apa pula maksud ibadah?Islam mempunyai keistimewaan dengan menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ‘ibadah apabila ia diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi untuk mencapai keredaan-Nya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyari’atkan oleh-Nya. Islam tidak menganggap ‘ibadah-’ibadah tertentu sahaja sebagai amal salih malah ia meliputi segala kegiatan lain.




jadi, kalau sayang mak abah, adik-beradik, dan saudara semuslim (mengikut syarak) kerana Allah pun dianggap ibadah.Allah baik hati kn?sangat pemurah dengan hamba-hambaNya.bayangkan bagaimana Allah amat sayang kn kita jika rasa cinta kita yg paling dalam kepada manusia itu adalah hanya percikan kasih sayang Allah.cuma kita saja yang tiada masa utk mencintai Allah, tiada masa utk menghargai kasih sayang Allah.astaghfirullah.astaghfirullah.astaghfirullah.

Ya Allah, jangan lah biarkan hati ini mencintai orang lain lebih dari aku mencintai Mu.
amin.

Thursday, December 30, 2010

subhanallah!

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.
sedang berusaha menyiapkan assignment utk winter break ni,mohon Allah mudahkan.
amin.amin.amin.

kadang-kadang rasa penat dgn assignment2 ni.satu hari ddk depan laptop pun xsiap.
nak kena baca jurnal-jurnal yg berkenaan,dgn bahasa yg agak terkebil-kebil juga nk faham.
tp,Allah sgt sweet.sgt baik hati.sgt pengasih dan penyayang.
lepas penat belajar,Allah bagi rezeki utk aku melihat bumi Allah.
supaya aku berfikir bahawa nikmat Allah tu lebih besar dari ujian yg Dia bg.
"nikmat Tuhanmu yg manakah yg engkau dustakan?"
sebut lah apa jua yg kita ada,hatta baju yg kita pakai,udara yg kita sedut pun milik Allah.
alhamdulillah Allah izinkan aku ke ireland.jaulah ireland dgn sisters dari birm yg lain.
walaupun snow agak lebat pg tu,flight delay,Allah mudah kan juga.

betullah Allah kata,berjalan lah di muka bumi ni,dan lihat lah penciptaanNya.
subhanallah.rasa nk nangis pun ada.

"maka tidakkah mereka menjelajah dunia sehingga terbentuk hati yang sedari itu mereka dapat memahami erti hidup atau mereka benar-benar mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar?kerana sesungguhnya buta yang sebenar bukanlah di mata tetapi ialah yang ada di dada". (Al-Hajj:46)

dan,jaulah ini,tak dibiarkan kosong.selalu diisi dgn perkongsian.sesiapa pun boleh berkongsi apa yg mereka rasa sebab setiap orang mempunyai 'kaca mata' dan cara fikir yg berbeza.
sisters di ireland pun tak lepas peluang utk join sama.
'ijlis bina wa nukmin sa'ah' maksudnya,duduk sebentar dan beriman sejenak.
hmm..patut dijadikan budaya ni.bukan berjalan sekadar suka-suka tanpa tujuan,tapi jalan-jalan yg iAllah dpt meningkat iman. :)

ini beberapa gambar yang sempat saya cari.yg lain masih ada pada kawan.

Dublin Park
rumah sisters di Galway
pemandangan sekitar Galway
tower di Cliff of Moher
park yg sgt cantik di Dublin
Cliff of Moher

‎"Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu,maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki Nya.Dan hanya kepadaNya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.- al mulk:15

banyak lagi yg hendak diluahkan.tp cukup lah setakat ni dulu.iAllah,gambar-gambar yg lain akan di post kemudian.

salam.

Tuesday, December 28, 2010

hari ini.di sini.

bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.
dh nak dekat setahun blog ni tak terusik.
tak layak utk nyatakan bahawa aku sibuk sbb byk je masa yg tak diisi dgn baik.
astaghfirullah.astaghfirullah.astaghfirullah.

dalam masa setahun ni,banyak perkara yg berlaku.
banyak ujian yg Allah berikan, tp banyak lagi nikmat kurniaanNya.
banyak peristiwa suka dan duka.
banyak yg nak diingat sampai bila-bila.
banyak juga yg nak dibuang jauh-jauh dari kotak memori.

alhamdulillah,pada ketika ini,Allah mengizinkan aku berada di sini.
ke bumi asing,bumi kedewasaan,bumi perantauan .
Allah makbulkan doa aku,doa mak abah,along,angah,dan support dari family.
alhamdulillah.


social studies,warwick uni
heathrow airport
oxford,london(early autumn)
warwick(early winter)

sudah 3bulan disini, tipulah kalau kata tak rindu mak abah+family.
tapi,setiap kali hati menangis,selalu aku pujuk diri sendiri.
'ini yg kau minta,dan Allah telah beri.tidakkah kau bersyukur?'
azam di hati, aku ke sini bukan semata-mata mencari ilmu dunia,mengejar segulung ijazah dan menjadi 'orang biasa'.
aku ke sini,mencari diri sendiri.
mencari Tuhan nya.
memperbaiki diri supaya menjadi muslim dan mukmin dlm erti kata sebenar.
supaya Rasulullah tidak menangis jika baginda ada pada tika ini,melihat umat nya yg masih mengikut syariatnya.
supaya nanti,dapat sama-sama ke syurga bersama-sama orang yg soleh.

amin.amin.amin.
permudahkan lah ya Allah.