(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Friday, May 18, 2012
test/exam/trial
bismillah.
subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.
sakitnya menghadapi ujian dunia tetapi ujian itu hanya lah kerana Allah mahu meletakkan kita di tempat yang lebih tinggi di sisiNya.
final exam dah pun bermula sejak isnin lepas.sudah pun berlalu 4 paper,dan tinggal satu sahaja lagi untuk minggu ini,dan bulan ini.
paper seterusnya,june nanti,iAllah.
letih,tapi sekurang-kurangnya exam ini buat diri rasa lebih dekat dengan Allah.alhamdulillah.
tadi,sebelum paper financial reporting 1 start, aku sempat termenung.
perasaan berdebar untuk jawab soalan exam,macam rasa mahu pergi berperang!
aku cuba bayangkan perasaan sahabat yang betul2 nak pergi berperang,dengan segala persiapan,dengan segala harapan dan semangat,meletakkan semuanya di tangan Allah.
dan,mereka pergi dengan mengharapkan syahid.
ya,mereka mengharapkan mati.
aku muhasabah.
aku tak mampu lagi untuk pergi berperang dengan mengejar mati.
ya,baca doa setiap hari mengharapakan mati sebagai para syuhada,tapi aku belum cukup kuat sebenarnya.
hebat sungguh hati orang-orang yang jelas matlamat hidup mereka.
bukan setakat menjadi abid dan khalifah di mulut,tapi mendarah-daging kan apa yang mereka faham.
random.
bebasnya hidup tanpa expectation manusia,tanpa mengharapkan penghargaan dan perhatian manusia.
dan indahnya hidup bila semuanya kerana Allah.
tak mengapa tak cantik di mata manusia,asalkan cantik di mata Allah.
tak mengapa tak dihiraukan oleh manusia,asalkan Allah masih memberi perhatian.
tak mengapa dibuang manusia,asalkan Allah masih menerima.
kerana,Allah itu lebih dari cukup.
Allah yang menciptakan segala-galanya,yang menjaga semuanya,dan yang mentakdirkan semua perjalanan hidup manusia.
siapa yang tidak mahukan syurga?
siapa yang tidak mahukan bahagia?
dan siapa yang tidak mengharapkan cinta dari Penciptanya? :')
tapi,siapa yang benar-benar berusaha?
muhasabah.
Wednesday, April 25, 2012
me miss u,Allah
bismillah.
bulan ini,aku kira sebagai bulan air mata.
terlalu murah.
mungkin sebab abah sakit.
mungkin sebab stress nak exam dan assignment yang perlu dihantar sebelum exam.
mungkin sebab homesick.
mungkin sebab mula terasa yang Allah mula menguji diri dengan duit,family,study,kawan etc.
atau mungkin tiada sebab.
usrah tadi,kak mai share satu something.
tak pasti hadis atau apa tentang perbualan antara Allah dan malaikat.
yang Allah perintahkan malaikat untuk tangguhkan doa hambaNya kerana Allah suka hambaNya itu merintihhh.
Allahhhh.
aku rindukan Mu ya Allah. :(
Tuesday, April 10, 2012
thank u kina :')
Bismillah.
"kekuatan tu Allah yg bagi
kina pon xkan sekuat hari ni if its not Him who gives me His strength
kina doakan inshaAllah!
kina baru terbaca tadi
semua yg Allah kasi n suruh kita buat is a symbol of His Mercy
or Mercy in malay is rahmat kan
for e.g
solat is a symbol of his mercy to ppl untuk menyucikan diri dia, as solat erases sins
sama la dgn puasa n ibadah yg lain
obstacles is another thing
itu pon is a symbol of His Mercy to us!
cos at the end of the day..
all Allah wants is the best for us which is Heaven (Jannah)!
He wants us to go there
He pushes us to go there
so the bigger your obstacle
the bigger Allah love is for u
it means He rly rly rly rly rly wants the best for u shida!!
u shud pat urself at the back and say
"i'm the chosen one" and "I CAN DO THIS"!!!
A lot of alim ppl whould fight to be in ur shoe
eventho kina x alim kina pon pernah terfikir
Allah, u can test me now..
hehehe
but little do i know that Allah is testing me
Allah test kina dari segi shopping, relationship dgn kwn n etc
all the little things yg kina belum settle lg
so after kina dah prove to Allah inshaAllah yg kina boleh fight benda2 kecik ni
im sure Allah will test me accordingly after that
He tests us ACCORDINGLY and He is Most-Fair
everybody will be test accordingly
what ure facing now shida is part of it
mine will come too"
Saturday, February 25, 2012
mengapa perlu bersedih?
bismillah.
Narrated Abu Sa'id Al-Khudri and Abu Huraira: The Prophet said,
"No fatigue, nor disease, nor sorrow, nor sadness, nor hurt, nor distress befalls a Muslim, even if it were the prick he receive from a thorn, but that Allah expiates some of his sins for that"
Sahih Bukhari (Book #70,Hadith #545)

Narrated Abu Huraira: Allah Apostle said, If Allah wants to do good to somebody, He afflicts him with trials."
kalau begitu,mengapa perlu bersedih? ;)
Thursday, February 23, 2012
inilah kehidupan
bismillah.
subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.
minggu ini,ku terasa dikejar masa.
masa kah yang berlari lebih pantas?
atau aku kah yang semakin lambat berjalan?
by end of this week,report project perlu dihantar.
weekend perlu ke london untuk meeting sponsor.
next week,project presentation.
next 2weeks,test.
next 3weeks,another group presentation.
meeting itu,meeting ini.nangis.
amat lain rasanya hidupku dulu dan sekarang.
akulah yang membuat semua keputusan dalam hidup.
akulah yang menimbang baik buruk sesuatu perkara.
akulah yang memberi semngat kepada diri sendiri saat ku rasa letih untuk terus berusaha.
akulah yang memujuk diri sendiri tatkala hati bersedih dengan dunia.
akulah yang perlu memberi nasihat kepada diri sendiri.
mak abah jauh di malaysia.tidak sanggup rasanya mengadu itu dan ini.
orang lain juga punya masalah yang lain.
kepada siapa lagi aku boleh minta kekuatan kalau bukan kepada Allah?
kepada siapa lagi boleh aku mohon perlindungan kalau bukan kepada Allah?
dan kepada siapa lagi yang aku boleh bergantung kalau bukan kepada Allah?
kadang,aku letih dengan kehidupan dunia.
dan aku pujuk diri sendiri.
dunia ini hanya sekejap,untuk akhirat yang selamanya.
"dan kerana Tuhanmu,bersabarlah." (74:7)
pujukan paling best dari Allah! :)

Friday, February 17, 2012
lollipop ;)
bismillahirrahmanirrahim.
subhanallah.subhanallah.subhanallah.
Allah Maha Pengasih,Maha Penyayang.
selagi kita tidak pernah merasai Allah itu Pengasih dan Penyayang,selagi itulah kita tidak akan faham konsep Ar Rahman dan Ar Rahim.
Petang itu,aku dan beberapa akhawat yang lain baru usai syura.jam menunjukkan pkl 5.15 ptg.
kami lapar.aku hanya makan sekeping roti sebagai sarapan,dan coklat kecil untuk lunch.memang tak sempat untuk makan kerana aku perlu siapkan assignment sebelum ke syura di birmingham.
kami berbincang.
ada yang mahu makan fast food-lebih murah.sesuai untuk mereka yang perlu berjimat-jimat (ye.itu aku.)
ada yang perlu dan mesti makan nasi.
tapi kami perlu sampai di warwick sebelum 7malam untuk kuliah dengan abg Jo.
semua setuju untuk take away dan makan sahaja dalam train nanti.
tiba-tiba seorang wanita Pakistan berjubah hitam,berselendang hijau berlari mendapatkan kami.
"do u guys want some food?"
aku terkaku.senyap.terasa sebak.
akhawat lain mula mengucapkan puji dan syukur.
kami bergerak masuk ke dewan dimana Pakistan Society mengadakan jamuan makan sempena Maulidur Rasul.
aku segan,jadi aku jalan lambat-lambat dan hanya duduk bila akhawat yang lain telah memulakan suapan mereka.
aku masih sebak.dalam hati,tidak berhenti aku mengucap syukur.
bukan calang-calang makanan yang dihidangkan kepada kami.
briyani,sweet rice,kebab,kek dan jus.
subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.
Allah sweet kan?He is soo sweettt that you can never imagine.subhanallah!!
kalau rasa lollipop itu manis,manis lagi Allah yang menciptakan manis itu.
kadang aku merasakan aku ini terlalu banyak lekanya,lalainya,malasnya.tapi,Allah tetap menolong ku,mudah kan urusan ku dan sentiasa kurniakan ketengan itu.
Alhamdulillah.
benar lah.nikmat iman dan islam itu adalah nikmat terbesar daripada Allah,hanya untuk mereka yang berfikir.
moga diri ini terus tsabat dan mencintai Allah sepenuh hati tanpa ada yang lain.
Tuesday, January 17, 2012
He is my everything.
bismillahirrahmanirrahim.
subhanallah.alhamdulillah.allhuakbar.
masa telah terlalu lama berlalu dan masa itu juga menjadi saksi segala tarbiyah Allah kepada ku yang aku kira sangat cantik susunannya.
sudah terlalu lama tidak menulis.
bukan tak tahu apa yang aku perlu tuliskan,tetapi terlalu banyak.
untuk aku ceritakan juga belum tentu orang lain akan faham.
tapi aku yakin,perasaan itu selalu dalam pengetahuanNya.
subhanallah.Allahu Allah.
tahun telah berganti.
alhamdulillah,Allah masih memberi nikmat umur untuk terus beribadah dan bertaubat.
time flies.
and it really does.
it's term 2 for year 2.
a year and a half left and i'll be back to malaysia.
medan amal dan dakwah sebenar.
dalam hati kecil ini,aku rasa semakin rindu padaNya.
aku mula rasa perasaan cinta itu.
aku juga mula rindukan tanah haram.
cemburu hati ini bila mengetahui ramai yang akan ke sana.
mungkin belum masanya.
He knows best and I know one day i'll be there,iAllah.
aku cuma minta sedikit kekuatan,supaya diri ini terus tsabat melangkah sebagai seorang yang solehah.
amin,amin,amin ya rabbal 'alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
