bismillahirrahmanirrahim.
subhanallah.subhanallah.subhanallah.
Allah Maha Pengasih,Maha Penyayang.
selagi kita tidak pernah merasai Allah itu Pengasih dan Penyayang,selagi itulah kita tidak akan faham konsep Ar Rahman dan Ar Rahim.
Petang itu,aku dan beberapa akhawat yang lain baru usai syura.jam menunjukkan pkl 5.15 ptg.
kami lapar.aku hanya makan sekeping roti sebagai sarapan,dan coklat kecil untuk lunch.memang tak sempat untuk makan kerana aku perlu siapkan assignment sebelum ke syura di birmingham.
kami berbincang.
ada yang mahu makan fast food-lebih murah.sesuai untuk mereka yang perlu berjimat-jimat (ye.itu aku.)
ada yang perlu dan mesti makan nasi.
tapi kami perlu sampai di warwick sebelum 7malam untuk kuliah dengan abg Jo.
semua setuju untuk take away dan makan sahaja dalam train nanti.
tiba-tiba seorang wanita Pakistan berjubah hitam,berselendang hijau berlari mendapatkan kami.
"do u guys want some food?"
aku terkaku.senyap.terasa sebak.
akhawat lain mula mengucapkan puji dan syukur.
kami bergerak masuk ke dewan dimana Pakistan Society mengadakan jamuan makan sempena Maulidur Rasul.
aku segan,jadi aku jalan lambat-lambat dan hanya duduk bila akhawat yang lain telah memulakan suapan mereka.
aku masih sebak.dalam hati,tidak berhenti aku mengucap syukur.
bukan calang-calang makanan yang dihidangkan kepada kami.
briyani,sweet rice,kebab,kek dan jus.
subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.
He is soo sweettt that you can never imagine.subhanallah!!
kalau rasa lollipop itu manis,manis lagi Allah yang menciptakan manis itu.
kadang aku merasakan aku ini terlalu banyak lekanya,lalainya,malasnya.tapi,Allah tetap menolong ku,mudah kan urusan ku dan sentiasa kurniakan ketengan itu.
Alhamdulillah.
benar lah.nikmat iman dan islam itu adalah nikmat terbesar daripada Allah,hanya untuk mereka yang berfikir.
moga diri ini terus tsabat dan mencintai Allah sepenuh hati tanpa ada yang lain.
Subhanallah ..
ReplyDeletesweetnya Allah,
sedapnya makanan!
=p
^_^
tottttt :D
Deleteawak tau kan saya rindu awak?
moga Allah temukan kita dalam doa masing2! <3