salam.
alhamdulillah,syukur.
minggu ni,aku belajar; Allah bagi kita satu ujian,tapi beserta beribu nikmat.
subhanallah.sekali lagi aku terfikir,kenapa sblm ni tak pernah terfikir pun?
ceteknya pemikiran aku.astaghfirullah.
dulu,aku pernah tanya diri aku sendiri.
'kenapa aku perlu jadi baik?tak cukupkah sekadar jadi org biasa?'
'kenapa perlu memahami Al-Quran?tak cukupkah sekadar membacanya?'
kenapa perlu itu,perlu ini...
sekarang,aku sudah ada semua jawapan tu.
bukanlah sebelum ni tiada,cuma aku yang tak nampak.
aku cuba berubah untuk menjadi yang lebih baik.
jadi hamba Allah yang taat.
muslimah dalam kata erti muslimah sebenar.
anak yang solehah.
adik,kakak yang baik.
kawan yang boleh dipanggil sahabat.
dan semua ini bukan mudah.
aku sendiri tidak kuat untuk melakukan ini semua.
tapi,Allah itu maha pemurah lagi penyayang.
Dia kurniakan aku dengan sahabat yang secara tidak langsung support aku untuk berhijrah.
sahabat yang sama2 mahu berhijrah.
kakak2 yang banyak membantu.
aku ingat ayat Allah, "Islam itu bermula dgn asing,dan akan menjadi asing semula".
aku telah pilih jalan ini dan akan tetap di sini.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment