(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Tuesday, June 26, 2012
dan bumi ini kembali ku pijak
bismillah.
subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar.
Allah sampaikan juga kaki ini ke malaysia.
sudah 3 hari di malaysia,alhamdulillah.
melihat wajah tua abah dan mak,sebak rasanya di dada.
moga Allah kurniakan merekan umur yang panjang,dan diberkati usia mereka,amin.
malaysia dan realitinya.
kita masih terlaluuuuuu jauh dari islam.
mungkin kita adalah negara islam yang mengetuai OIC.
mungkin malaysia adalah sebuah negara islam dalam perlembagaan.
mungkin kita juga punya ramaiiii penganut islam.
tapi sejauh mana islam itu benar2 menjadi darah daging kita? :S
di uk,mungkin kita terlalu selesa.
duduk bersama-sama orang2 yang jelas matlamat hidupnya.
yang sama2 ingin menjadi yang terbaik di mata Allah.
dalam suasana yang solehah,ke usrah setiap minggu,ada yang menegur bila kita leka.
tapi,ini malaysia.
dulu,kak fifah pernah cakap,"malaysia adalah medan praktikal kita,selepas 9 bulan kita di tarbiyah di bumi uk.sama ada kita kuat atau tidak untuk menahan diri dari tarikan dunia,sama ada kita akan terlarut dgn suasana atau kita yang mempengaruhi masyarakat sekeliling dengan 'aura' yang kita ada."
ya Allah,tetapkan lah kaki ini untuk melangkah mencari redhaMu,walau di mana pun kaki ini berpijak.amin.
Monday, June 18, 2012
time flies and it really does.
bismillah.
subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.
time flies and season change.
rasa baru bulan lepas autumn,last week winter,semalam spring dan hari ini summer.
tapi hakikatnya,sudah 9 bulan berlalu.
syukur alhamdulillah.
walaupun masih berjuang di medan exam,masih lagi sempat singgah di sini.
lagi 5 hari,iAllah bumi malaysia bakal dijejaki lagi.
apa lagi yang amat dirindukan hati kalau bukan wajah tua mak dan abah?
sabar mak,abah.doakan anak mu ini berjaya.
kalau umur panjang,iAllah kita jumpa tak lama lagi.
buat kak athi,ini tahun terakhirnya.
gembira,kerana dia bakal pulang,mendidik anak bangsa yang dahagakan didikan,bukan sekadar tunjuk ajar.
sedih,kerana tiada lagi kakak yang akan menegur,melayan dan berkongsi tawa dan duka.
tapi iAllah,perancangan Allah itulah yang terbaik.
moga di syurga nanti,Allah kurnikan kita lagi masa untuk bersama. :')
(tak pandai susun ayat,but u know how i feel kan akak?)

Subscribe to:
Posts (Atom)