Tuesday, December 1, 2009

.aimie.

bismillah.

sekarang sudah mula cuti.
sudah masuk minggu kedua sebenarnya.
hari tu saya berborak-borak sikit dgn aimie.
aimie ni anak along saya,umur baru 6tahun.


cikda: aimie,bila gigi aimie nak tumbuh ni?tak cantik lah takde gigi.
aimie: gigi aimie tak kan tumbuh.biarla takde gigi pun.aimie tak kisah...

hikhik.aimie buat muka.
cikda: laaa..habis,kalau takde gigi, siapa yg nak kawin dgn aimie?
cikda bergurau. :p
aimie: ape susah.aimie kawin la dgn org yg takde gigi jgk.kan ramai...

yg pakai tudung tu aimie


------------------------------------------------------------------------------------------------
aku baru beli majalah.terbaca satu artikel yg menarik utk dikongsi.

TIBA-TIBA TERJAGA DARI TIDUR....
Saat sdg nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. "belum subuh lagi ni", hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan kepastian. "Oh,baru pukul 3 pagi."
Dalam situasi seperti ini, apa yang akan kita lakukan? Di sini kita mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman kita dan buatlah pilihan yang bijak.

Pilihan 1
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel, "apasal la aku bangun awal sangat." terzahir sebuah kekesalan.Kesal bangun awal? Nauzubillah.

Pilihan 2
"Oh,baru pukul 3 pagi. waktu mcm ni doa makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat." kemudian sambung tidur kembali 'ibadah senyap'.

Pilihan 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita msih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah.

Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. Siapa tahu disaat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan.


so,mari kita perbaiki diri.
pernah ternampak satu phrase kt dinding bilik kawan baik aku .
"it's not how you start,but it's how you end."

sudah dpt offer dari birmingham.alhamdulillah. ^_^

No comments:

Post a Comment