Tuesday, December 22, 2009

status hati

bismillah.

life goes on as usual.
terasa iman semakin tipis bila takde tazkirah,usrah,sharing ngan kakak2+kawan2.
sebab itu,perlu ada inisiatif utk cari sendiri.
yg penting,kene yakin Allah sentiasa menolong hambaNya yang mahu dan berada di jalan yg Dia redhai. :)

owh.esok ke kelantan.
join community service.
kalau sempat,akan di update.
iAllah.

Tuesday, December 1, 2009

.aimie.

bismillah.

sekarang sudah mula cuti.
sudah masuk minggu kedua sebenarnya.
hari tu saya berborak-borak sikit dgn aimie.
aimie ni anak along saya,umur baru 6tahun.


cikda: aimie,bila gigi aimie nak tumbuh ni?tak cantik lah takde gigi.
aimie: gigi aimie tak kan tumbuh.biarla takde gigi pun.aimie tak kisah...

hikhik.aimie buat muka.
cikda: laaa..habis,kalau takde gigi, siapa yg nak kawin dgn aimie?
cikda bergurau. :p
aimie: ape susah.aimie kawin la dgn org yg takde gigi jgk.kan ramai...

yg pakai tudung tu aimie


------------------------------------------------------------------------------------------------
aku baru beli majalah.terbaca satu artikel yg menarik utk dikongsi.

TIBA-TIBA TERJAGA DARI TIDUR....
Saat sdg nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. "belum subuh lagi ni", hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan kepastian. "Oh,baru pukul 3 pagi."
Dalam situasi seperti ini, apa yang akan kita lakukan? Di sini kita mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman kita dan buatlah pilihan yang bijak.

Pilihan 1
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel, "apasal la aku bangun awal sangat." terzahir sebuah kekesalan.Kesal bangun awal? Nauzubillah.

Pilihan 2
"Oh,baru pukul 3 pagi. waktu mcm ni doa makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat." kemudian sambung tidur kembali 'ibadah senyap'.

Pilihan 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita msih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah.

Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. Siapa tahu disaat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan.


so,mari kita perbaiki diri.
pernah ternampak satu phrase kt dinding bilik kawan baik aku .
"it's not how you start,but it's how you end."

sudah dpt offer dari birmingham.alhamdulillah. ^_^

Sunday, November 15, 2009

tawakal.

"apabila kamu beriman kepada Allah,maka bertawakallah kepada-Nya,jika kamu benar-benar orang muslim" (Surah Yunus:84)

exam baru je habis tadi.last paper,physics paper 2.
aku dah usaha,dah buat yang terbaik.
jadi aku serahkan semua kepada Dia yang lebih berhak menentukan.

cuma,aku minta dipinjamkan sedikit kekuatan sekarang.

Saturday, November 7, 2009

don't let me fall.

i need strength.
i need support.
i need love.

"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (Al-'Ankabut,2)

aku terjumpa quote ni kat surau.pernah share dengan angah.angah suka. :)
"apabila kamu dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah padaNya yang tak pernah melukakan hatimu.apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu,jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya."

insyaAllah.apa2 pun,perlu yakin dengan bantuanNya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
lepas subuh hari ni,ada usrah dengan kak ain.

hasanah: kak ain,ayat mana ye yang cakap kita dijadikan daripada tanah?
k.ain: hmmm...kak ain pun tak ingat.jom cari.
najwa: nak buka sehelai-sehelai ke?

kak ain senyum, yang lain masih mencari.najwa tutup mata.senyap.

najwa: bismillahirrahmanirrahim(sambil buka Quran-random). yang ni ke kak ain?surah 18, ayat 37.

subhanallah.dekatnya Allah dengan kita.yakinlah. :)

imtihan

salam.
hee.malu rasanya dah lama tak update blog yg tak seberapa ni.
amat sibuk dgn exam week.AS exam.
alhamdulillah,accounting paper 1+2 dh selesai.physics paper 3 juga.
tawakal saje.saya dah berusaha.

two more papers to go.then,start cuti.
tak sabar rasanya.rindu amat kat mak+abah.




hari ni, saya berperang dgn hati.
cuba untuk bersangka baik dgn sahabat sendiri.
mungkin tak sengaja.
atau saya yang amat sensitif.
enough said.
kamu tetap sahabat saya.

Friday, September 11, 2009

hijrah itu bukan mudah

salam.
alhamdulillah,syukur.
minggu ni,aku belajar; Allah bagi kita satu ujian,tapi beserta beribu nikmat.
subhanallah.sekali lagi aku terfikir,kenapa sblm ni tak pernah terfikir pun?
ceteknya pemikiran aku.astaghfirullah.

dulu,aku pernah tanya diri aku sendiri.
'kenapa aku perlu jadi baik?tak cukupkah sekadar jadi org biasa?'
'kenapa perlu memahami Al-Quran?tak cukupkah sekadar membacanya?'
kenapa perlu itu,perlu ini...
sekarang,aku sudah ada semua jawapan tu.
bukanlah sebelum ni tiada,cuma aku yang tak nampak.
aku cuba berubah untuk menjadi yang lebih baik.
jadi hamba Allah yang taat.
muslimah dalam kata erti muslimah sebenar.
anak yang solehah.
adik,kakak yang baik.
kawan yang boleh dipanggil sahabat.
dan semua ini bukan mudah.
aku sendiri tidak kuat untuk melakukan ini semua.
tapi,Allah itu maha pemurah lagi penyayang.
Dia kurniakan aku dengan sahabat yang secara tidak langsung support aku untuk berhijrah.
sahabat yang sama2 mahu berhijrah.
kakak2 yang banyak membantu.

aku ingat ayat Allah, "Islam itu bermula dgn asing,dan akan menjadi asing semula".
aku telah pilih jalan ini dan akan tetap di sini.
InsyaAllah.

Tuesday, September 8, 2009

ukhwah itu indah

bismillah.

aku pernah terfikir,apa bezanya kawan dan sahabat.
macam sama tapi mmg berbeza.



sahabat,
semoga ukhwah ini kekal hingga ke akhir hayat.

amin.

Monday, September 7, 2009

what if...

bismillahirrahmanirrahim.
usrah hari ni seronok.
alhamdulillah,banyak benda yang membuka mata, membuka hati.
kadang2 aku terfikir,kenapa sebelum ni aku tak pernah terfikir apa yang aku fikir sekarang.
aku tak nampak apa yang aku nampak sekarang.
betul,sesungguhnya hidayah itu milik Allah.

nak share something untuk post kali ni.
nampak artikel ni kat surau malam semalam.
aku baca.
menarik.mari sama2 baca dan hayati. :)

WHAT IF...
what if Allah could not take the time to bless us today
because we could not take the time to thank Him yesterday?

what if Allah decided to stop leading us tomorrow
because we didn't follow Him today?

what if we never saw another flower blooms
because we grumbled when Allah sent the rain?

what if Allah didn't walk with us today
because we failed to recognise it as His day?

what if Allah took away His message
because we failed to listen to the messenger?

what if Allah stopped loving and caring for us
because we failed to love and care for others?

what if Allah would not hear us today
because we would not listen to Him yesterday?

what if Allah answered our prayers the way we answer His call to service?

what if Allah met our needs the way we give Him our lives??


wassalam.

Saturday, September 5, 2009

beginner.

in the name of Allah,the most gracious most merciful.

first post.
no idea.
insyaAllah,nx time. :)