Friday, May 18, 2012

test/exam/trial


bismillah.

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.

sakitnya menghadapi ujian dunia tetapi ujian itu hanya lah kerana Allah mahu meletakkan kita di tempat yang lebih tinggi di sisiNya.
final exam dah pun bermula sejak isnin lepas.sudah pun berlalu 4 paper,dan tinggal satu sahaja lagi untuk minggu ini,dan bulan ini.
paper seterusnya,june nanti,iAllah.
letih,tapi sekurang-kurangnya exam ini buat diri rasa lebih dekat dengan Allah.alhamdulillah.

tadi,sebelum paper financial reporting 1 start, aku sempat termenung.
perasaan berdebar untuk jawab soalan exam,macam rasa mahu pergi berperang!
aku cuba bayangkan perasaan sahabat yang betul2 nak pergi berperang,dengan segala persiapan,dengan segala harapan dan semangat,meletakkan semuanya di tangan Allah.
dan,mereka pergi dengan mengharapkan syahid.
ya,mereka mengharapkan mati.
aku muhasabah.
aku tak mampu lagi untuk pergi berperang dengan mengejar mati.
ya,baca doa setiap hari mengharapakan mati sebagai para syuhada,tapi aku belum cukup kuat sebenarnya.
hebat sungguh hati orang-orang yang jelas matlamat hidup mereka.
bukan setakat menjadi abid dan khalifah di mulut,tapi mendarah-daging kan apa yang mereka faham.

random.
bebasnya hidup tanpa expectation manusia,tanpa mengharapkan penghargaan dan perhatian manusia.
dan indahnya hidup bila semuanya kerana Allah.
tak mengapa tak cantik di mata manusia,asalkan cantik di mata Allah.
tak mengapa tak dihiraukan oleh manusia,asalkan Allah masih memberi perhatian.
tak mengapa dibuang manusia,asalkan Allah masih menerima.
kerana,Allah itu lebih dari cukup.
Allah yang menciptakan segala-galanya,yang menjaga semuanya,dan yang mentakdirkan semua perjalanan hidup manusia.

siapa yang tidak mahukan syurga?
siapa yang tidak mahukan bahagia?
dan siapa yang tidak mengharapkan cinta dari Penciptanya? :')
tapi,siapa yang benar-benar berusaha?

muhasabah.